PENYANYI dan komposer Ajai menyifatkan perselisihan faham yang terjadi antara bekas isterinya Nourul Wahab dan anak sulung mereka, Ayu Nazirah sebagai satu perkara yang agak sensitif untuk diulas secara mendalam.Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, 52, berpendapat konflik yang berlaku berkemungkinan berpunca daripada persamaan karakter dua beranak itu. "Mengenai ibu dan anak ini, ia agak sensitif sikit. Saya rasa masalah yang Ayu dan Nourul hadapi ini adalah mungkin sebab mereka berdua ini perangai sama.Kemelut itu berlaku mungkin disebabkan karakter sama. "Sana sensitif dan sini pun sensitif. Jadi, tiada yang salah pun pada saya. Kita doakan sahaja," katanya ketika ditemui mStar. Sebagai seorang bapa, Ajai berkata dia sudah menjalankan tanggungjawab memberikan nasihat dan memujuk Ayu agar melembutkan hati bagi menjernihkan semula hubungan mereka."Saya sebagai bapa, sentiasa nasihatkan anak iaitu kena hormat terhadap orang tua. Saya pun sudah pujuk Ayu. Lagipun dia bukan budak-budak, sudah matang. ARTIKEL BERKAITAN: Ajai tolak pelawaan, impian peminat nak tengok sepentas dengan Nourul tak kesampaianARTIKEL BERKAITAN: Tiada undang-undang larang pempengaruh buat lagu raya, Ajai hormati kreativiti seni... “Cuma unsur budaya dan identiti perlu dikekalkan”"Saya memang selalu jumpa Ayu, tapi kurang bertanya sikit mengenai perkara-perkara ini. Tetapi saya selalu bercakap tentang kebaikan seorang ibu kepadanya," ujarnya. Dalam pada itu, Ajai menyatakan keyakinan bahawa ikatan hubungan antara ibu dan anak tidak akan terputus dan berharap agar ia dapat dijernihkan semula. "Saya rasa insya-Allah bila tepat waktunya, doa untuk berbaik itu akan menjadi. Mereka akan terbuka hati semula. Gaduh ini semuanya sebab sayang," ujarnya. Ajai berharap supaya masalah mereka berdua selesai. Sebelum ini, Nourul dalam satu podcast mendedahkan hubungannya bersama Ayu masih belum menemui jalan penyelesaian. Kata Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 49, konflik tersebut bukan berpunca daripada dirinya, tetapi dipengaruhi oleh pihak ketiga. Untuk rekod, Ayu merupakan cahaya mata hasil perkongsian hidup Ajai bersama Nourul Depp sebelum pasangan itu sah bercerai pada Februari 2007.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube