PENYANYI dan komposer terkenal, Ajai tampil memberikan pandangan berhubung trend pempengaruh media sosial yang semakin giat menghasilkan lagu raya menjelang Aidilfitri.Ajai atau Mohamad Faizal Maas, 51, berkata kemunculan pempengaruh dalam bidang nyanyian bukanlah sesuatu yang perlu dipandang negatif, sebaliknya melihat perkembangan itu sebagai satu warna baharu dalam industri muzik tanah air. Kata Ajai, kekuatan sesebuah lagu hari raya tetap terletak pada asas utamanya iaitu melodi.Ajai berharap identiti dan ritma muzik Aidilftri masih dikekalkan.“Kekuatan sesebuah lagu raya terletak pada melodinya. Jika melodinya kuat dan disokong dengan susunan muzik yang sesuai, lagu itu tetap akan diterima.“Generasi muda mungkin mahu menampilkan gaya mereka sendiri dalam meraikan Aidilfitri. "Tiada undang-undang yang mengatakan pempengaruh tidak boleh buat lagu. Mereka mencuba dan kita perlu hormati identiti seni masing-masing,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Ajai mohon maaf kepada 4U2C, sokong usaha artis terus berkaryaARTIKEL BERKAITAN: Ajai puji Amira Othman, miliki sikap sopan dan lemah lembut... “Dia bukan kosong dalam muzik”Ajai berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu Yang Engkau Mahukan yang diadakan di Hotel St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur pada Khamis. Dalam pada itu, Ajai mengingatkan para pencipta lagu agar mengekalkan ritma dan elemen muzik yang selari dengan semangat Aidilfitri.“Tidak salah untuk sesiapa hasilkan lagu raya. Lagi ramai berkarya, lagi meriah sambutan kita. Cuma unsur budaya dan identiti itu perlu diketengahkan. Tiada undang-undang yang mengatakan pempengaruh tidak boleh buat lagu.AJAIPENYANYI & KOMPOSER“Walaupun mengikut trend semasa, melodi dan bunyian mesti dekat dengan 'roh' hari raya seperti paluan gendang, seruling serta ritma yang akrab dengan jiwa masyarakat kita,” ujarnya. Dalam masa sama, Ajai turut menyuarakan kebimbangannya terhadap kecenderungan menghasilkan lagu raya yang terlalu rancak sehingga mengabaikan elemen sentimental yang selama ini menjadi kekuatan lagu-lagu klasik Aidilfitri.Menurutnya, lagu berentak perlahan yang sarat emosi kini semakin berkurangan kerana kebanyakan pengkarya lebih cenderung mengejar trend semasa.“Pada pemerhatian saya, lagu berentak perlahan semakin kurang. Banyak yang rancak kerana mahu mengejar trend. Perlu ada pihak yang mengisi ruang itu kerana jika semua menghasilkan karya sama, tiada kelainan.Ajai menghormati setiap kreativiti penggiat seni.“Lagu-lagu sayu inilah yang menyentuh emosi, menimbulkan rasa rindu kepada ibu bapa dan keinginan untuk pulang ke kampung. "Namun, akhirnya rezeki bergantung kepada penerimaan pendengar. Lagu yang menyentuh hati, itulah yang akan kekal,” katanya. Sebelum ini, seorang pempengaruh menerima kecaman di media sosial apabila lagu dan muzik video didakwa mengandungi unsur budaya serta agama lain yang tidak bersesuaian dengan musim perayaan Aidilfitri.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube