PELAKON Amy Nur Tinie mengakui pernah menerima komen negatif mengenai bentuk wajahnya daripada segelintir individu dalam industri hiburan.Malah kata Tinie atau Amy Nur Tinie Abdul Aziz, 30, ada pihak yang menyarankan agar dia mengubah penampilannya demi memenuhi kehendak industri. Namun, aktres berkenaan kini memilih untuk menerima keunikan tersebut dan menganggapnya sebagai identiti yang membezakan dirinya daripada orang lain.Luahan Tine yang dimuat naik di Threads. "Bila sudah mula berlakon ada segelintir individu dalam industi cakap 'Tinie muka awak lebar sangatlah dalam frame', 'Tinie awak punya angle dalam TV susahlah', 'Tinie awak kena pergi kecilkan rahanglah'. "Tapi sekarang tak mengapa. Saya akan terima sahaja apa yang Allah dah kurniakan kepada saya. Rahang saya yang buat saya unik," katanya. Tine berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Amy Nur Tinie dedah pernah dilamar jadi isteri ketiga VVIP… Tawar elaun RM50,000 sebulan, banglo dan 10 ekar tanahARTIKEL BERKAITAN: Aktres jaja cerita buruk, Amy Nur Tinie tak teragak-agak dedah namanyaDalam pada itu, Tinie turut mengimbau pengalaman berdepan pelbagai ejekan sejak kecil sehingga sehingga menyebabkan dirinya berasa kurang yakin dengan penampilan sendiri.Kata Pelakon drama Impiana: Karma itu, wajahnya sering menjadi bahan perbandingan dengan beberapa watak kartun popular seperti Dora The Explorer dan Adudu daripada animasi BoBoiBoy."Dulu saya selalu insecure dengan muka rahang petak ni, daripada kecil ada yang cakap muka helmet, muka talam, muka Dora The Explorer (watak kartun), lepas tu bila dah wujud kartun Boboiboy, orang kata saya Adudu (watak) pula," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!