PELAKON Nur Fazura menitipkan ucapan dan doa penuh makna buat sahabatnya, Que Haidar sempena ulang tahun kelahiran ke-47 aktor berkenaan. Berkongsi di Instagram miliknya, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 42, turut mengimbau kenangan perkenalan mereka dalam dunia seni sejak lebih 20 tahun lalu. "Selamat hari ulang tahun kelahiran buatmu, Tengku Iskhan Shah.Perkongsian Fazura di Instagram. "Persahabatan kita bukanlah sebentar, tetapi lebih daripada 20 tahun lamanya. Kini kita dipertemukan kembali setelah 16 tahun dalam fasa yang jauh berbeza dengan pelbagai pengalaman yang mematangkan kita."Doa saya, semoga awak sentiasa berada dalam lindungan, petunjuk dan rahmat Allah SWT, istiqamah dalam setiap ibadah serta terus kekal menjadi insan yang tinggi empati dan budi pekerti," ucapnya.Dalam hantaran tersebut, Fazura turut menyifatkan Que sebagai seorang lelaki yang sentiasa bersikap positif biarpun berdepan pelbagai dugaan.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan menekan-nekan... Fazura pilih hidup tenang, tak mahu orang luar tentukan jodoh ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali tonton video tular, Fazura terkilan layanan terhadap anak... “Dia bukan objek”Malah, dia sempat mengucapkan penghargaan kepada Que kerana menjadi antara insan terdekat dengannya."47 tahun yang cukup istimewa dan bermakna, pastinya penuh suka dan duka, namun sering tidak gemar diungkapkan kerana awak sentiasa memilih melihat terangnya cahaya matahari berbanding gelapnya hujan.Fazura dan Que pernah bekerjasama mempromosikan sebuah jenama fesyen. "Terima kasih kerana menjadi insan yang sentiasa prihatin, sabar dan mahu melihat saya tersenyum dalam apa jua keadaan."Selamat ulang tahun, Que Haidar. Semoga ini menjadi satu permulaan yang baik untuk hidup awak," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!