suria

Fara Salleh dakwa Shuk Sahar culas nafkah anak, terpaksa tanggung RM2,000… “Minta RM400 sebulan pun kena tagih”

Fara (kiri) mendedahkan Shuk culas dalam pembayaran nafkah kepada anak mereka.

ISTERI kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mendakwa terpaksa menanggung sendiri sebahagian besar perbelanjaan anak mereka, Elaine Nada berikutan nafkah bulanan yang diberikan tidak mencukupi.

Fara berkata, 34, Shuk hanya memberikan RM400 sebulan untuk perbelanjaan bulanan anak selain jumlah itu dikatakan tidak konsisten.

Kata Fara, dia terpaksa memikul sebahagian besar beban kewangan sendirian termasuk kos susu, lampin, rawatan kesihatan dan keperluan harian lain yang semakin meningkat.

"Dia bagi nafkah anak RM400 saja sebulan, duit itulah nak beli makan minum dan segala keperluan anak. 

Fara terpaksa menanggung sendiri perbelanjaan anaknya.

Fara terpaksa menanggung sendiri perbelanjaan anaknya.

"Anak semakin membesar banyak benda saya kena sediakan. Sebulan saya terpaksa menanggung sendiri perbelanjaan sehingga RM2,000. 

"Itu pun bukan setiap bulan dia bagi RM400, nak kena tagih berkali-kali," katanya ketika dihubungi mStar. 

Dalam pada itu, Fara turut mendakwa Shuk tidak berlaku adil terhadap anak mereka, berbeza dengan layanan yang diberikan kepada anak-anak hasil perkahwinan terdahulu.

Dakwanya, pelawak itu tidak pernah culas dalam soal nafkah sebelum ini, namun keadaan berbeza berlaku terhadap anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh buat tiga kerja demi kelangsungan hidup… “Orang nak kata apa pun lantaklah”

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh bengang dituduh minta sedekah, menangis sebab anak kena hina... Dedah peti ais kosong masa hamil

"Dia tidak pernah berlaku adil kepada anak saya. Sebaliknya anak dengan bekas isteri pertamanya tidak pernah culas beri nafkah. 

"Saya cakap begini kerana saya tahu sebelum ini jadi isteri dia. Saya tahu berapa jumlah wang yang dihantar kepada anak-anaknya di Sabah. 

"Saya dengar setiap perbulan telefon dan mesej yang dikirimkan sekiranya anak-anak di sana mahu minta duit," ujarnya. 

Fara bagaimanapun menjelaskan luahannya bukan bertujuan membuka aib atau mencetuskan konflik baharu, sebaliknya mahu Shuk bertanggungjawab terhadap amanah yang telah ditetapkan.

Itu pun bukan setiap bulan dia bagi RM400, nak kena tagih berkali-kali. 

FARA SALLEH 

ISTERI SHUK SAHAR

Malah dia menegaskan tidak lagi berharap untuk berbaik atau menjalinkan hubungan mesra, sebaliknya hanya mahu urusan berkaitan anak diselesaikan secara matang.

"Saya tidak berniat nak berbaik atau berkawan lagi dengannya (Shuk). Saya hanya bengang kerana dia tidak tunaikan nafkah anak. 

"Sejak anak saya lahir pun memang dia tidak pernah tanya anak sihat atau sakit. Dah lapan bulan (sejak anak dilahirkan). 

"Dia pun tak mahu datang mahkamah untuk selesaikan urusan sijil kelahiran anak. Jijik sangat sampai tak nak anak berbintikan nama dia," katanya. 

Sebelum ini, Fara meluahkan rasa kesal di InstaStory miliknya apabila mendakwa Shuk gagal memberikan nafkah secukupnya buat anak mereka. 

Fara berharap Shuk bersikap adil dalam menjalankan tanggung jawab sebagai bapa.

Fara berharap Shuk bersikap adil dalam menjalankan tanggung jawab sebagai bapa.

Menurut Fara, dia terpaksa membeli sendiri barangan keperluan anak yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 di Thailand. 

Bagaimanapun, lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh Shuk pada April tahun lalu masih belum diputuskan oleh mahkamah. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain