TIDAK lagi berdiam diri, pelawak Shuk Sahar tampil memberi respons terhadap tuduhan isterinya, Fara Salleh yang mendakwa dia culas memberi nafkah terhadap anak mereka. Shuk atau Mohamad Shukri Sahar, 40, berkata dia tetap menjalankan tanggungjawab kepada anak mereka, namun memilih enggan memberi penjelasan panjang kerana bapanya sedang sakit. Kongsi Shuk, setiap bulan dia memberikan nafkah sebanyak RM1,000 kepada anak-anak. Shuk menyerahkan bukti pembayaran nafkah anak-anak."Sebulan RM1,000 Insya-Allah ada saya transfer tetapi untuk bulan Mac belum masuk lagi. "Insya-Allah saya tak culas (bayar nafkah). Cuma saya malas nak menjawab apa-apa sebab ayah tengah sakit. Minta maaf," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Shuk juga menegaskan tiada isu ketidakadilan berlaku kerana anak-anak hasil perkahwinan pertamanya yang kini menetap di Sabah turut menerima jumlah nafkah yang sama.ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh dakwa Shuk Sahar culas nafkah anak, terpaksa tanggung RM2,000… “Minta RM400 sebulan pun kena tagih”ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar hilang sabar, bakal ambil tindakan undang-undang pada individu sebar fitnah di media sosialShuk turut menyerahkan bukti pembayaran nafkah kepada mStar sebagai pengesahan komitmennya menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak."Anak saya di kampung dua orang pun sama saya beri seorang RM1,000. "Insya-Allah saya bagi adil semuanya," ujarnya. Insya-Allah saya tak culas (bayar nafkah). Cuma saya malas nak menjawab apa-apa. SHUK SAHARPELAWAKSebelum ini, Fara mendakwa dia terpaksa menanggung sebahagian besar perbelanjaan anak mereka, Elaine Nada kerana nafkah bulanan yang diberikan Shuk tidak mencukupi. Menurut Fara, Shuk hanya memberikan RM400 sebulan dan jumlah itu dikatakan tidak konsisten.Untuk rekod, Shuk bernikah dengan Fara pada November 2023 di Thailand. Bagaimanapun, lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh Shuk pada April tahun lalu masih belum diputuskan oleh mahkamah. Shuk berusaha berlaku adil kepada anak-anak.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun 2025.Sebelum itu, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023.Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 10, dan Nur Assyifatu Aimi, 7 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube