TIGA bintang muda dikenali sebagai Trio Mut yang dianggotai Ammar Haikal, Auddra dan Hadie Elfardie tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Dentam Dentum Raya.Lagu yang menekankan aspek persahabatan itu memaparkan suasana raya yang ceria dan meriah, seiring semangat anak muda masa kini.Lagu ini menekankan aspek persahabatan. Keserasian vokal trio itu jelas terserlah, membuktikan kemampuan mereka menghasilkan karya yang relevan dan segar untuk generasi baharu.Auddra atau Auddra Zulkifli, 16, yang membawakan bahagian rap berkongsi pandangannya mengenai lagu itu yang menceritakan pengalaman menyambut raya bersama orang tersayang.“Lagu ini menceritakan mengenai pengalaman sambutan hari raya bersama kawan-kawan dan keluarga. Saya menyanyikan bahagian rap dalam lagu ini.“Sepatutnya, bahagian rap itu penerbit nak minta Hadie atau Ammar nyanyikan, tapi akhirnya saya yang membawakan bahagian terbabit. Lagipun saya memang suka dan terus okey untuk nyanyi lagu ini," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu kerap buat ‘live’, Ammar Haikal dituduh cuba raih simpati... “Mereka kata saya tak belajar dan bekerja”ARTIKEL BERKAITAN: Sedar lemah dalam pelajaran, Auddra akui selesa sebagai penyanyiSementara itu, Hadie Elfardie, 18, meluahkan rasa syukur apabila lagu raya pertamanya bersama rakan-rakan akhirnya berjaya dilancarkan."Ini lagu raya pertama saya bersama kawan-kawan. Sebelum ini hanya bersama keluarga sahaja. Jadi saya rasa seronok sangat."Biasalah kalau dengan kawan-kawan, mestilah ada gaduh. Tapi kami punya hubungan okey sahaja, Alhamdulillah."Ammar Haikal, 19,pula berkata dia bersetuju untuk melakukan projek itu kerana turut disertai dua rakannya itu. Ketiga-tiga mereka berharap lagu ini mendapat sambutan. "Saya cakap ya untuk projek ini adalah sebab kawan-kawan saya. Saya tengok ada Hadie, Auddra. Cukup kami bertiga, barulah lengkap Trio Mut ini."Dentam Dentum Raya kini boleh didengari di semua platform digital. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube