SUSULAN menerima pelbagai komen netizen, pelakon Datin Intan Najuwa tampil memberikan penjelasan berhubung jarak kehamilan keduanya yang dianggap terlalu dekat memandangkan dia melahirkan anak pertama secara pembedahan Caesarean (C-section). Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkata keputusan untuk hamil semula bukan dibuat secara terburu-buru tetapi selepas mendapat pengesahan dan nasihat daripada pakar sakit puan yang memantau tahap kesihatannya. Katanya, sebelum merancang kehamilan kedua, doktor telah menilai keadaan fizikalnya dan mengesahkan tubuhnya telah pulih sepenuhnya serta berada dalam keadaan selamat untuk hamil semula."Untuk kehamilan kedua ini, pakar sakit puan saya telah menilai keadaan dan mengesahkan bahawa tubuh saya telah pulih dengan baik serta layak dari segi perubatan untuk hamil sekali lagi.Perkongsian Intan di Threads miliknya."Setiap wanita mempunyai tubuh yang berbeza, dan proses pemulihan juga tidak sama bagi semua orang."Saya mengambil serius penjagaan selepas bersalin dan kesihatan saya untuk memastikan tubuh saya benar-benar bersedia," katanya. Dalam pada itu, Intan menegaskan proses pemulihan selepas pembedahan C-section dijalankan secara teliti dan berdisiplin.Menurutnya, walaupun kebanyakan ibu dibenarkan pulang selepas empat hingga lima hari, dia memilih untuk tinggal lebih lama di hospital atas faktor keselamatan dan pemantauan kesihatan.ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa hamil anak keduaARTIKEL BERKAITAN: Kerja 7 pagi hingga 7 malam, Intan Najuwa tak sanggup berjauhan dengan anak"Pemulihan dan penjagaan selepas C-section saya diambil dengan sangat serius, ketat dan terperinci."Kebiasaannya, ibu dibenarkan pulang selepas kira-kira 4–5 hari, tetapi saya tinggal di wad selama dua minggu kerana suami saya mahu memastikan saya benar-benar pulih sebelum pulang ke rumah."Sepanjang tempoh itu, saya dipantau dengan rapi oleh pakar sakit puan, pasukan perubatan dan ahli fisioterapi bagi memastikan penyembuhan luka serta pemulihan dalaman berjalan dengan baik," ujarnya. Pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu turut memaklumkan dia mendapatkan khidmat dua penjaga yang tinggal bersamanya selama tiga bulan."Saya dijaga oleh dua orang penjaga berpantang yang tinggal bersama saya selama tiga bulan untuk memastikan proses pemulihan berjalan lancar dan sempurna."Pemakanan saya dikawal dengan ketat dan saya hanya diberikan makanan sihat yang kaya dengan nutrien, tinggi protein dan vitamin C untuk menyokong penyembuhan dalaman yang baik."Selepas kira-kira enam bulan, saya mula melakukan senaman ringan seperti pilates dan yoga secara perlahan-lahan untuk membina semula kekuatan serta menyokong pemulihan otot teras," katanya. Intan (dua dari kanan) dan suami bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.Pada Khamis, Intan berkongsi khabar gembira apabila disahkan hamil anak kedua. Dalam perkongsian itu, Intan turut memuat naik foto imbasan kehamilan yang dipegang oleh anak sulungnya, Imane Lunara. Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak pertama iaitu Lunara pada 15 Disember 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube