suria

Syamel dan Ernie Zakri terbang ke Hong Kong, teruja rakam muzik video Suasana Raya satu keluarga

Ernie dan Syamel teruja rakam lagu raya di Hong Kong bersama anak mereka.

PENYANYI Syamel dan isterinya,Ernie Zakri berkongsi pengalaman manis apabila berpeluang merakamkan muzik video (MV) lagu raya terbaharu mereka berjudul Suasana Raya di Hong Kong.

Menurut Syamel atau Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 33, idea menjalani penggambaran di luar negara bukan sekadar memberi kelainan, sebaliknya mahu memperkenalkan Hong Kong sebagai lokasi percutian mesra Muslim kepada rakyat Malaysia.

“Kami shooting di masjid sekitar kawasan Kowloon. Selain penggambaran babak makan-makan, kami menikmati pelbagai makanan halal yang sedap-sedap di tengah bandaraya Hong Kong

Ernie dan Syamel dedah ini merupakan kali pertama rakam lagu satu keluarga di luar negara.

“Kita nak beritahu satu dunia terutama Malaysia bahawa Hong Kong sekarang sangat Muslim friendly. Banyak pilihan makanan halal dan tempat menarik untuk orang Islam,” katanya.

Lagu ini hasil kolaborasi istimewa  bersama Hong Kong Tourism Board yang menampilkan beberapa destinasi menarik seperti Ocean Park Hong Kong, Ngong Ping 360, Hong Kong Tramways (Ding Ding), Victoria Harbour, Temple Street, Kowloon Mosque Islamic Centre dan Islamic Centre Canteen, yang terkenal sebagai salah satu restoran halal popular di sana.

“Kami agak terkejut sebab di Islamic Centre Canteen tu ramai pengunjung daripada pelbagai negara. Ia jadi spot yang baik untuk menikmati juadah terbaik sambil berkenalan dengan orang baharu,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri impi konsert solo di Axiata Arena

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri Bintang Paling Popular ABPBH 37 dengan 124 juta undian, bawa pulang RM30,000… “Saya dah balik dulu tadi”

Dalam pada itu, Ernie berkata penggambaran MV berjudul Suasana Raya itu mengambil masa empat hari sambil dapat peluang merasai pengalaman seperti beraya di Hong Kong. 

“Sehari kami boleh selesaikan sehingga tiga lokasi, rakam daripada pagi sampai malam, memang padat. Tapi cuaca di sini sangat selesa, tak panas walaupun tengah hari, jadi ia memudahkan kerja kami,” jelasnya.

Sementara itu, Ernie memberitahu anaknya Nur Khawla Sofea turut terlibat sama menjayakan muzik video Susana Raya kali ini. 

Hong Kong menjadi destinasi pilihan buat Ernie dan Syamel kerana mempunyai makanan sedap dan tempat menarik.

Tambahnya, dia mengakui pada awalnya agak gementar kerana kali pertama bekerja sambil menguruskan anak di luar negara.

“Sebagai ibu, bila nampak anak cranky sikit kita dah mula risau. Tapi alhamdulillah pihak produksi sangat memahami. Mereka beri ruang dan bertolak ansur jika anak belum bersedia untuk shooting.

“Ada babak yang memang perlukan anak, tapi bila dia dah penat, semua faham. Banyak toleransi daripada team produksi,” katanya.

Lagu Suasana Raya dicipta oleh komposer Adam Armin dan Yusuff Khan dan MV lagu berkenaan boleh ditonton di YouTube sejak Sabtu lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain