suria

Sedar lemah dalam pelajaran, Auddra akui selesa sebagai penyanyi

Auddra (kiri) lebih cenderung minat ke arah bidang seni.

ANAK kepada penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahirah iaitu Auddra tidak menafikan dia kini lebih selesa menumpukan perhatian kepada dunia seni, khususnya bidang nyanyian dan tarian.

Kata Auddra atau Auddra Zulkifli, 17, meskipun pelajaran bukanlah kekuatannya dia tidak berasa kecewa sebaliknya memilih untuk menyalurkan bakat dan minat dengan sepenuh hati.

"Kalau tanya saya memang menyanyi adalah perkara yang saya selesa lakukan sekarang ini. Jujur cakap kalau pelajaran saya memang lemah sangat. 

Shahirah (kanan) sentiasa menyokong minat anak-anak.

"Saya tidak berapa bijak dalam pendidikan, mungkin saya boleh jadi 'bijak' untuk perkara lain. Bila dah nampak macam tak boleh fokus sangat (belajar), saya cuba lakukan benda lain. 

"Bila saya cuba menyanyi dan menari, rasanya saya memang minat. Kalau saya minat memang saya akan buat betul-betul tetapi kalau tidak memang tak bersemangat," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Shahirah atau lebih mesra disapa Kak Rara berkata, sebagai ibu dia tidak mahu memaksa anaknya melakukan sesuatu yang memberi tekanan, sebaliknya memilih untuk menyokong minat Auddra selagi tidak mengabaikan perkara asas dalam pelajaran.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sharifah Shahirah tak halang Auddra jadi artis… “Sejak kecil dah cakap nak jadi macam saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Zakat, cukai perkara pertama Shiera ajar anak... Siap usik Auddra minta sambung bayar rumah

"Kalau kita paksa pun sebenarnya kita 'sakit'. Saya tak larat. Saya cakap okay, tapi dia perlu tahu benda-benda asas dalam pelajaran. 

"Apa yang paling penting adalah jaga hubungan dengan keluarga. Saya sentiasa bersama dia (Auddra). 

"Saya sudah menghubungi cikgu dan dia sanggup untuk mengajar. Kita tengok macam mana. Auddra akan terus belajar di rumah secara 'homeschooling' dan tetap akan ambil Sijil Pelajaran Malaysia," ujarnya. 

Untuk info, Auddra merupakan pemenang tempat ketiga program realiti Talk To My Manager terbitan Astro. 

Selepas tamat program berkenaan, Auddra dilihat semakin aktif mendapat tawaran persembahan nyanyian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain