suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dia pukul dari belakang tiga kali” - Ibu 84 tahun retak tengkorak dibelasah anak sendiri gara-gara wang RM2,900

Mangsa mengalami retak di tengkorak akibat dipukul anaknya. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki berusia 56 tahun ditahan polis selepas dipercayai merompak dan cuba membunuh ibunya sendiri.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kasugai, Wilayah Aichi, Jepun.

Berdasarkan laporan media tempatan pada Sabtu, suspek dikenali sebagai Kazuhiko Kawaguchi didakwa menyerang mangsa sebelum melarikan wang tunai sebanyak 100,000 yen (kira-kira RM2,900) milik wanita berusia 84 tahun itu.

Menurut polis, kejadian berlaku pada 26 Mei lalu apabila suspek dipercayai memukul kepala ibunya beberapa kali sebelum melarikan diri dari rumah mangsa.

Mangsa kemudian ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring di kawasan kediamannya oleh seorang orang awam yang kebetulan melalui lokasi berkenaan.

Ekoran itu, mangsa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas mengalami kecederaan serius termasuk retak pada tengkorak.

Ketika dalam perjalanan ke hospital, mangsa sempat memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa anak lelaki keduanya ada meminta wang sebelum pertengkaran tercetus antara mereka.

"Anak kedua saya minta duit. Kami bertengkar dan dia memukul saya dari belakang sebanyak kira-kira tiga kali," katanya.

Polis memaklumkan keadaan mangsa kini stabil dan nyawanya tidak berada dalam bahaya.

Suspek menyerah diri di sebuah pondok polis di Nagoya pada Khamis sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut pihak berkuasa, lelaki itu mengaku terlibat dalam kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar serangan tersebut. -Agensi

Artikel Lain