suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dendam poligami bawa padah! Isteri pertama pakat dengan anak kelar leher suami dan madu sebelum bakar dalam SUV

SUV yang dibakar bersama tiga mangsa dalam kejadian pada Rabu.

AKIBAT konflik keluarga yang berlarutan, empat ahli sebuah keluarga, termasuk seorang bekas ketua kampung maut dalam keadaan mengerikan sebelum mayat mereka dibakar di dalam sebuah kenderaan pada lewat malam Rabu.

Susulan kejadian tragis di Kampung Shri Rampura, India itu, pihak polis bertindak menahan isteri pertama mangsa bersama anak lelaki dan anak perempuannya yang disyaki menjadi dalang utama pembunuhan kejam tersebut.

Misteri itu terbongkar selepas sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) Mahindra Scorpio dikesan rentung sepenuhnya di sebuah kawasan yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah keluarga berkenaan, sekitar 60 kilometer dari bandar Ajmer.

Pemeriksaan pihak berkuasa di lokasi menemukan tiga mayat yang sudah rentung di dalam kenderaan tersebut, manakala seorang lagi mangsa ditemukan di kawasan ladang berhampiran.

Mangsa yang terkorban dikenali sebagai bekas ketua kampung Ram Singh Choudhary, 45; ibunya, Pusi Devi, 85, yang juga bekas ketua kampung; isteri kedua, Surgyan Devi, 40; serta anak saudaranya, Mahima.

Pihak polis mendedahkan, siasatan awal pada mulanya menganggap insiden itu hanyalah kes kebakaran biasa, sebelum penemuan beberapa petunjuk fizikal yang mencurigakan akhirnya membongkar unsur pembunuhan terancang.

Ram (kiri) berkahwin dengan isteri keduanya pada 2019.

Siasatan lanjut mendapati Ram didakwa sering mendera isteri pertamanya, Sunita, dan anak-anak mereka. 

Malah Ram yang tinggal serumah dengan kedua-dua isterinya dikatakan kerap bertengkar dengan ahli keluarga sebelum konflik itu memuncak pada malam kejadian.

Polis percaya Ram diserang terlebih dahulu ketika pertengkaran tercetus, sebelum ibunya dan dua lagi ahli keluarga cuba masuk campur untuk meleraikan pergaduhan turut menjadi mangsa.

Keempat-empat mangsa dipercayai dibunuh di dalam rumah menggunakan senjata tajam, di mana kesan kelar dan kecederaan parah pada bahagian leher dikenal pasti menjadi punca utama kematian mereka.

Suspek kemudian memindahkan mayat ke dalam kereta SUV sebelum membakarnya menggunakan diesel yang diambil daripada sebuah traktor bagi menghapuskan bukti.

Rekod menunjukkan Ram berkahwin dengan Sunita pada 2004 sebelum mengambil Surgyan sebagai isteri kedua pada 2019, yang menjadi punca ketegangan dalam keluarga.

Sunita, anak perempuannya Sarita dan anak lelaki berusia 17 tahun kini ditahan bagi membantu siasatan, manakala polis masih memperincikan peranan setiap individu dalam kejadian itu. -Agensi

Artikel Lain