suria

“Saya tak kayu” - Faye Kusairi menanti tawaran lakonan, janji tidak ‘demand’ dan tepati masa

Faye harap masih beri peluang untuk berlakon.

BERHARAP diberikan tawaran lakonan, pelakon Faye Kusairi berkata dia terbuka dan sentiasa menantikan peluang untuk kembali ke set penggambaran.

Kata Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 39, sepanjang aktif bergelar anak seni, dia merupakan seorang pelakon yang berdisiplin dan memegang rekod baik.

“Selagi aku tak merajuk, tolong hire aku untuk watak dan naskah yang baik. Saya tak pernah lambat dan selalu tepat masanya,” katanya menerusi hantaran di Thread.

Faye mahu berlakon lagi.

Berkongsi mengenai cara kerjanya, Faye berkata dia sentiasa membuat persediaan rapi apabila menerima naskah yang sesuai dan tidak cerewet sehingga menyusahkan kru penggambaran.

“Saya sentiasa bersedia dengan naskah dan watak yang diperlukan. Dan saya juga bukan seorang yang demanding,” kongsinya.

Faye bagaimanapun mengakui jumlah pengikut yang tidak ramai kadangkala menjejaskan peluang kerjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ujian menjelang Aidilfitri, kereta milik Faye Kusairi rosak dihempap bumbung kondominium

ARTIKEL BERKAITAN: Faye Kusairi ‘throwback’ kisah kahwin, sukan badminton permulaan jadi pelakon

“Satu-satunya yang saya boleh fikir adalah saya tidak terkenal dengan jumlah pengikut yang ramai. Saya tahu itu membuatkan saya kurang relevan pada masa ini. Tapi yang penting, saya tahu saya tak kayu,” ujarnya.

Perkongsian Faye menarik perhatian peminat yang teruja menantikan naskah baharu lakonannya. 

Namun, ada netizen mengingatkan bahawa keputusan memilih pelakon terletak pada pihak penerbit dan bukannya penulis skrip.

Faye harap dirinya diberi peluang berlakon.

“Yang buat keputusan sepenuhnya memilih artis adalah panel TV. Penulis skrip boleh sumbat sesiapa saja artis yang dia suka dalam proposal drama tapi tiada jaminan TV akan setuju.

"Semua watak yang awak bawa semua menjadi. Tapi tak suka awak jadi antagonis, boleh menimbulkan sakit hati,” tulis seorang netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain