suria

Dituduh kurus sebab ambil ‘barang’, ramai tak tahu Andi Bernadee sebenarnya ada masalah kesihatan

Berat badan Andi turun susulan masalah kesihatan yang dialami.

GARA-GARA tubuh dilihat semakin kurus, penyanyi Andi Bernadee menerima tuduhan kononnya dia mengambil barang terlarang.

Tampil menjawab dakwaan tersebut, Andi atau Andi Azrul Andi Mapangile, 35, menjelaskan dia kini berdepan masalah kesihatan yang dikenali sebagai penyakit graves.

Menurut Andi, graves atau hipertiroid itu menyebabkan berat badannya turun secara mendadak.

Penjelasan Andi dalam satu hantaran di Instagram. 

"Saya didiagnosis dengan penyakit Graves (hipertiroid). Masih ulang-alik ke hospital sehingga hari ini dan makan ubat.

"Janganlah begitu, video ini dirakam tahun lalu. Tak tahu pun ada penyakit itu," katanya.

Andi menjelaskan perkara tersebut sebagai respons terhadap satu komen yang menuduh keadaan dirinya seperti seorang penagih dadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Padam semua gambar, Andi Bernadee enggan komen… “Biarlah yang terdekat sahaja tahu” 

ARTIKEL BERKAITAN: Andi Bernadee masuk hospital akibat hyperthyroidism, alami bengkak leher dan badan menggeletar… “Kalau minum macam kena siat”

Menerusi hantaran tersebut, penyanyi ini juga berharap ia dapat menepis kekeliruan jika ada yang mempersoalkan tentang dirinya.

Dalam masa sama, Andi memberitahu dia kini masih dalam tempoh pemulihan.

"Harap ini dapat menjelaskan keadaan.

Andi kini tampil dengan album solo pertama. 

"Saya okey sekarang. Masih dalam proses untuk pulih, tetapi boleh bekerja dan menari sedikit-sedikit. Berat badan pun sudah naik," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Andi kini tampil dengan album solo pertamanya berjudul Ding Geding yang memuatkan 12 buah lagu.

Sekadar info, penyakit Graves merupakan gangguan autoimun yang menyebabkan kelenjar menghasilkan terlalu banyak hormon tiroid.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain