suria

“Cukup 18 tahun, ambillah mereka ke negara luar” - Betty Banafe mahu anak dapat didikan agama, tak halang hak lawatan bekas suami

Betty mahukan yang terbaik buat anak-anaknya.

PELAKON Betty Banafe meluahkan rasa kesal apabila isu hak penjagaan anak masih lagi berlarutan meskipun sudah tujuh tahun bercerai dengan bekas suaminya, Bruce Dargus.

Lebih mengecewakan bagi Betty atau Betty Ibtisam Abu Bakar Banafee, 47, apabila perkara tersebut turut memberi kesan kepada dua anaknya iaitu Julia Claire Dargus, 13, dan Bruce Dean Dargus, 10. 

"Apa yang berlaku sekarang sayang menyedihkan. Anak-anak saya ditekan, dipaksa sehingga mereka menanggung trauma dan tekanan yang berat. 

Betty pertahan hak dalam menjaga anak-anak. 

"Cukuplah, saya rayu permudahkan urusan ini. Saya hanya mahukan kedamaian buat Julia dan Dean," katanya. 

Betty menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram selepas tular video memperlihatkan tentang konflik merebut hak penjagaan anak melibatkan dirinya dan juga keluarga bekas suami. 

Pelakon ini dalam masa sama menegaskan dia tidak pernah menghalang bekas suami untuk mendapatkan hak lawatan terhadap anak-anak mereka. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam ‘back up’ GISB, Betty Banafe minta jangan cepat buruk sangka 

ARTIKEL BERKAITAN: “Jodoh kami tak panjang” - Betty Benafe bercerai dengan Bruce Dargus

"Hak lawatan daddynya tak pernah saya sekat. Malah, saya izinkan datuk dan nenek bersama anak-anak demi kasih sayang dari awal penceraian. Hinggakan saya keluar dari rumah kediaman di Damansara berpindah rumah ke Ampang kerana berfikir untuk membesarkan anak-anak bersama datuk nenek sementara bekas suami di luar negera," ujarnya. 

Sebelum ini tular video memaparkan bekas suami bersama keluarga dipercayai ibu bapa mentua hadir ke kediaman Betty untuk mengambil anaknya. 

Betty dilihat memanggil kedua-dua anaknya berada di luar rumah untuk mendengar sendiri pengakuan mereka sama ada memilih antara dia dan bekas suaminya.

Tanggungjawab saya sebagai ibu adalah mendidik anak ke jalan Allah

BETTY BANAFE

PELAKON 

Apabila ditanya, Julia menjawab dengan ringkas dia enggan keluar mengikut keluarga bapanya. 

Sementara itu Betty juga memberitahu dia memberi kebebasan penuh untuk anak-anak memilih jika mereka mahu terus tinggal bersama bapa mereka di luar negara selepas berusia 18 tahun. 

"Tanggungjawab saya sebagai ibu adalah mendidik anak ke jalan Allah, dan itu yang saya buat. Apabila anak itu cukup umur 18 tahun, ambillah mereka ke negara luar. 

Rakaman video menyaksikan keadaan anak-anak Betty seolah diambil secara paksaan. 

"Sekurang-kurangnya asas tentang agama kuat. Boleh fikir baik dan buruk dengan cara berfikir yang bijak dan berlandaskan agama. Kalau terpesong pun insya-Allah mereka akan kembali ke pangkal jalan," luahnya. 

Untuk rekod, Betty mendirikan rumah tangga dengan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 sebelum bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus, 13, dan Bruce Dean Dargus, 10.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain