SEORANG individu berkongsi pengalaman ngeri apabila luka kecil akibat digigit kucing bertukar menjadi jangkitan serius hingga memerlukan pembedahan kecemasan.Menurut perkongsian wanita itu di X, kejadian itu bermula apabila tangannya digigit kucing peliharaan ketika sedang bermain dengannya. Walaupun hanya dua kesan taring yang menembusi kulit, dia tidak menyangka keadaan boleh menjadi parah.Ujarnya, pada awalnya luka tersebut tidak mengeluarkan banyak darah, menyebabkan dia hanya menutupnya dengan plaster. Namun, kira-kira dua jam kemudian, kawasan gigitan mula membengkak.Keadaan tangan wanita itu selepas terpaksa menjalani pembedahan.Pada tengah malam dia mula merasakan kesakitan yang amat kuat seolah-olah tulang patah, sebelum mendapatkan rawatan di unit kecemasan.Bagaimanapun, wanita itu hanya diberikan antibiotik serta diminta hadir ke klinik pada keesokan pagi.Tambahnya lagi, dia kemudiannya dirujuk dari klinik ke hospital besar sebelum akhirnya menjalani pembedahan pada hari sama akibat jangkitan serius dikenali sebagai purulent tenosynovitis atau tenosinovitis bernanah.Dalam hantaran dikongsikan, wanita itu turut berkongsi foto menunjukkan keadaan tangannya yang membengkak sebelum rawatan, serta kesan selepas menjalani pembedahan jahitan.Sebelum ini pihak Advanced Wound Care Center & Supplies pernah mengingatkan orang ramai agar tidak memandang ringan luka akibat gigitan haiwan, khususnya kucing.Ini kerana gigi kucing yang tajam boleh menolak bakteria jauh ke dalam tisu, menyebabkan jangkitan berlaku di bahagian dalam walaupun luka di luar kelihatan kecil dan kering.Berikut lima langkah rawatan luka gigitan:1. Cuci serta-mertaAlirkan air pada luka selama 10 hingga 15 minit dan gunakan sabun lembut.2. Hentikan pendarahanTekan luka dengan kain bersih atau gauze hingga darah berhenti.3. Sapu antiseptik dan balutLetakkan antiseptik dan balut secara longgar.4. Pantau keadaan lukaPerhatikan selama dua hingga tiga hari.Segera ke klinik jika:a) Luka semakin merah, bengkak atau panasb)Sakit berdenyut hingga bernanahc) Demam atau menggigil5. Dapatkan rawatanJumpa doktor segera jika luka dalam, melibatkan haiwan liar atau kawasan sensitif.