suria

Lengan jadi ‘biru’ lepas ambil darah! Bukan sebab nurse kasar, ikut 3 tip ini boleh elak lebam

Kesan lebam biasanya muncul selepas prosedur ambil darah dilakukan. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki meluahkan rasa bimbang apabila lengan isterinya bertukar lebam kebiruan selepas mengambil darah.

Menerusi perkongsian di media sosial, lelaki itu turut memuat naik foto menunjukkan kesam lebam yang jelas selain sedikit bengkak dan berasa sakit.

Keadaan itu sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ia normal atau sebaliknya.

Kebimbangan lelaki itu menarik perhatian netizen sehingga ada tampil berkongsi pandangan dan pengalaman masing-masing.

Malah ada menyangka kesan lebam itu disebabkan jururawat yang ditugaskan mengambil darah tidak dilatih dengan betul dan jarum ditekan dengan kasar.

Bagaimanapun seorang individu yang mengaku sebagai bekas pembantu klinik (CA) menjelaskan situasi itu boleh dielakkan malah berkongsi tip mengurangkan risiko lebam selepas mengambil darah.

Jelasnya, pesakit tidak digalakkan menggenggam tangan terlalu kuat ketika jarum dicucuk keana ia boleh menyukarkan proses pengambilan darah.

Sebaliknya, tangan perlu berada dalam keadaan relaks untuk memudahkan aliran darah berlaku.

"Lepas nurse cabut jarum dan tampal dengan kapas, tekan kuat-kuat kapas itu. Insya-Allah cara ini boleh membantu mengelakkan lebam.

"Dulu masa saya tak tahu cara pun naik (lebam) macam ini setiap kali ambil darah. Lepas sudah tahu, setakat ini tiada lebam atau bengkak besar macam ini," jelasnya.

Dalam pada itu, individu itu menjelaskan cara itu bukan tip peribadi sebaliknya turut disarankan oleh doktor.

Ini termasuk teknik menarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan rasa sakit ketika jarum dicucuk.

Perkongsian wanita itu turut mendapat sokongan seorang bekas juru teknikal flebotomi iaitu petugas terlatih yang khusus mengambil sampel darah selain berpengalaman sebagai jururawat.

Artikel Lain