TAHUKAH anda, perubahan kecil pada bahagian kuku sebenarnya boleh memberi gambaran terhadap keadaan kesihatan dalaman tubuh, termasuk fungsi jantung dan sistem peredaran darah.Menurut penjelasan dalam portal Hello Doktor, selain simptom klasik seperti sakit dada atau sesak nafas, keadaan kuku juga boleh menjadi petunjuk awal masalah jantung. Walaupun ia bukan diagnosis muktamad, namun enam tanda ini wajar diberi perhatian sebagai amaran awal:1. Kuku kebiruan (cyanosis)Perubahan warna kuku menjadi kebiruan atau keabu-abuan menandakan kekurangan oksigen dalam darah.Keadaan ini boleh berlaku apabila jantung tidak mengepam darah dengan efisien. Jika disertai sesak nafas atau keletihan, pemeriksaan segera amat disarankan.2. Kuku pucatKuku yang kelihatan terlalu pucat boleh dikaitkan dengan anemia, namun dalam situasi tertentu ia juga mencerminkan aliran darah yang lemah akibat fungsi jantung yang tidak optimum. Gejala ini lazimnya hadir bersama rasa letih atau pening.Keadaan kuku clubbing yang dikaitkan dengan masalah jantung. -Foto Klik Dokter3. Kuku melengkung dan menebal (clubbing)Perubahan bentuk kuku menjadi lebih melengkung serta menebal sering berlaku secara beransur-ansur.Ia berkait dengan kekurangan oksigen kronik dalam badan (hipoksia), yang boleh berpunca daripada penyakit jantung atau paru-paru.4. Garis gelap di bawah kukuKemunculan garis gelap halus di bawah kuku, dikenali sebagai splinter hemorrhages, boleh menandakan masalah saluran darah kecil.Dalam kes tertentu, ia dikaitkan dengan endokarditis, iaitu jangkitan pada lapisan dalam jantung.5. Kuku rapuh dan mudah pecahKuku yang menjadi lemah, kering dan mudah patah boleh mencerminkan bekalan oksigen serta nutrien yang tidak mencukupi ke tisu.Ia kemungkinan berpunca daripada masalah peredaran darah seperti penyakit arteri koronari.6. Kuku beralur atau berlubangPermukaan kuku yang tidak rata, beralur atau berlubang kadangkala dikaitkan dengan tekanan fisiologi atau gangguan aliran darah.Walaupun jarang menjadi petanda khusus penyakit jantung, ia tetap tidak wajar diabaikan.Sebarang perubahan ketara pada kuku perlu dinilai lebih-lebih lagi jika berlaku bersama simptom lain seperti sesak nafas, sakit dada, keletihan melampau, pening atau kerap pitam. Pemeriksaan awal penting bagi mengenal pasti punca sebenar dan mengelakkan komplikasi lebih serius.Secara keseluruhan, perubahan warna, bentuk atau kekuatan pada kuku boleh menjadi petunjuk awal kepada masalah kesihatan yang lebih besar.