suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita 89 tahun jadi 'spiderman' turun dari tingkat 27, panik selepas terkunci dalam bilik tidur 

Warga emas itu nekad turun selepas terperangkap di dalam bilik tidur. -Foto Sina

SEORANG wanita warga emas nekad turun dari tingkat 27 ke tingkat 21 melalui luar bangunan pangsapuri untuk menyelamatkan diri selepas terperangkap dalam bilik tidur.

Wanita berusia 89 tahun itu dipercayai tersalah mengunci dirinya di dalam bilik dan tidak membawa telefon bimbit bersama.

Dalam keadaan cemas, dia dilihat memanjat struktur luar bangunan menggunakan besi pelindung unit pendingin hawa sebelum cuba turun sendiri ke tingkat bawah.

Tindakannya disedari seorang pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan yang segera memaklumkan pihak berkuasa, sebelum anggota bomba bergegas ke lokasi.

Namun ketika pasukan penyelamat tiba, wanita itu telah berhenti di tingkat 21, kira-kira 50 meter dari aras tanah kerana keletihan.

Anggota bomba kemudian membantu menyelamatkannya dari dalam bangunan dengan memasang tali keselamatan dan mengalihkan wanita itu masuk ke sebuah unit kediaman berhampiran.

Kejadian berlaku di Beijing, China pada Rabu lepas.

Wanita berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius, namun berada dalam keadaan letih dan terkejut sebelum menerima rawatan awal.

Dia tinggal bersendirian di tingkat 27 dan tindakan berbahaya itu dipercayai diambil kerana panik selepas terperangkap tanpa bantuan.

Kejadian itu tular di media sosial dengan ramai netizen memuji keberanian dan kekuatan luar biasa wanita terbabit, malah menggelarnya sebagai super grandma. -Agensi

 

Artikel Lain