SEORANG lelaki mengaku menyebabkan kematian anak tirinya yang berusia setahun selepas mendera mangsa dengan kejam.Lebih mengejutkan tertuduh turut mengaku cuba 'menghidupkan' semula mangsa dengan menggunakan alat renjatan elektrik selepas panik kanak-kanak malang itu sudah tidak bernyawa. Alat renjatan elektrik itu dipercayai digunakan khusus untuk menangkap ikan.Kejadian dilaporkan berlaku di wilayah Ratchaburi, Thailand pada 6 April lalu.Berdasarkan laporan, doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan serius pada otak dipercayai disebabkan hentakan objek keras.Mangsa juga didapati mempunyai pelbagai luka, lebam serta kesan melecur pada bahagian belakang badan dan punggung, sekali gus menimbulkan syak wujudnya penderaan.Susulan itu, suspek yang berusia 38 tahun dan ibu mangsa, 30, ditahan untuk siasatan lanjut.Menurut polis, semasa sesi soal siasat pada Rabu lalu, suspek mengaku mendera kanak-kanak malang itu sejak dua bulan dengan memukul serta menekapkan puntung rokok pada tubuh mangsa.Berdasarkan pengakuan yang dibuat, suspek naik marah apabila mangsa menangis pada hari kejadian sebelum menumbuk kepala kanak-kanak itu sehingga tidak sedarkan diri.Dia kemudian menggunakan alat renjatan elektrik kerana menyangka tindakan itu mampu menyedarkan mangsa.Bagaimanapun, keadaan kanak-kanak tersebut bertambah parah apabila mengalami pendarahan dari mulut dan hidung sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.Ibu mangsa pula mengaku pernah menyaksikan penderaan dilakukan suaminya sebelum ini dan berada di lokasi ketika anaknya meninggal dunia.Dia mendakwa cuba menghalang tindakan ganas suaminya namun gagal.Pengakuan yang direkodkan membuatkan polis mendakwa kedua-dua suspek mengikut Seksyen 288 Kanun Jenayah atas kesalahan membunuh dengan niat.Mereka berhadapan hukuman mati, penjara seumur hidup atau penjara antara 15 hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.Dalam pada itu, Workpoint News melaporkan, wanita itu enggan ke hospital bagi menuntut jenazah anaknya untuk urusan pengebumian.Mayat mangsa sebaliknya diambil oleh neneknya untuk dibawa pulang. -Agensi