suria

Pelanggan tak sempat habis makan, lantai restoran hotel runtuh secara tiba-tiba... 150 tetamu terpaksa dipindahkan

Keadaan berselerak selepas berlakunya runtuhan dalam bangunan berkenaan.

SEBAHAGIAN ruang makan sebuah hotel runtuh secara tiba-tiba, menyebabkan beberapa pelancong cedera dan lebih 150 individu terpaksa dipindahkan dalam kejadian pada malam Khamis.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 9.30 malam di Hotel Rey Don Jaime yang terletak di Santa Ponça, sebuah destinasi pelancongan popular di Sepanyol.

Ketika kejadian, sejumlah tetamu sedang menjamu selera di restoran hotel berkenaan sebelum lantai di kawasan itu tiba-tiba runtuh.

Gambar yang dikongsi media tempatan menunjukkan keadaan ruang makan yang rosak teruk dengan lantai pecah dan serpihan runtuhan bertaburan di lantai.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘check in’ hotel tak boleh pejam mata, pengantin bilik sebelah sedang bulan madu rancak ‘mendayung’ waktu malam!

Siasatan awal pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan struktur lantai yang sudah lama serta ketiadaan sokongan pengukuh menjadi punca kejadian.

Pasukan bomba dari balai Calvià bersama ambulans, polis tempatan dan anggota keselamatan lain segera dikejarkan ke lokasi bagi membantu mangsa.

Beberapa individu dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di tempat kejadian, manakala kira-kira 150 orang dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Siasatan lanjut kini dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar yang kejadian. -Agensi.

Artikel Lain