Isu rakan serumah yang mementingkan diri kerap menjadi punca perselisihan faham di rumah sewa. -Gambar hiasan AI
MENGHUNI di rumah sewa ada cabarannya, lebih-lebih lagi apabila berdepan rakan serumah yang suka mengambil makanan tanpa meminta izin terlebih dahulu.Pengalaman pahit itu dilalui seorang gadis yang berasa terkilan selepas hidangan hasil masakannya untuk rakan-rakan sebilik dilesapkan oleh rakan serumah lain tanpa kebenaran. Berkongsi kisahnya di media sosial, gadis itu berkata dia memasak ikan patin tempoyak untuk makan tengah hari bersama rakan serumah tetapi akhirnya mendapati beberapa bahagian ikan telah hilang.Sikap pengotor rakan serumah kerap dikongsi masyarakat di media sosial. -Gambar hiasan AI“Dipendekkan cerita, tengah hari itu kami nak makan. Cuma seorang rakan serumah je yang tak ada di rumah.“Tak lama kemudian, dia balik dan aku ajak dia makan sekali. Dia jawab dia dah makan tadi," katanya.Alangkah terkejutnya dia apabila rakan serumahnya itu dengan bersahaja memaklumkan bahawa dia telah menikmati masakan berkenaan bersama kekasihnya. "Dia boleh cakap... saya ambil patin yang awak masak tadi. Saya makan dengan boyfriend. Lepas itu saya tapaukan sekali patin itu untuk dia makan malam nanti,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Pendiam tapi pengotor! Pemuda bengang rakan serumah berubah watak, malas cuci pinggan - “Dah bertingkat macam bufet”ARTIKEL BERKAITAN: Rakan serumah dari neraka ‘bedal’ stok lauk sampai licin, tak tahu malu label kawan kedekut - “Habis beli baru, apa susah”Gadis berkenaan mengakui terkedu dengan respons bersahaja itu kerana rakannya langsung tidak menunjukkan rasa bersalah atas perbuatan berkenaan.“Aku memang masak untuk housemate dan nak bagi mereka makan patin dari Pahang. Tapi tak sangka pula dia ambil dan tapaukan untuk boyfriend dia, kemudian tak beritahu pula.“Tak ada minta maaf atau tawarkan untuk bayar. Dia terus berlalu tinggalkan aku di meja makan dalam keadaan terpinga-pinga,” katanya.Gadis terkejut lauk yang dimasaknya diambil tanpa izin.Housemate makan patin bersama boyfriend dan siap tapau.Gadis tidak kisah berkongsi asalkan meminta izin.Netizen kecam tindakan housemate yang pentingkan diri.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen.Ringkasan ini dijana oleh AIGadis itu berkata, dia tidak akan berkira sekiranya rakan serumahnya meminta izin terlebih dahulu.“Sekurang-kurangnya tanya dulu. Kalau dia ambil seketul dan minta izin, aku bagi je dan aku bukan kedekut.“Tapi apabila ambil senyap-senyap dan banyak pula, aku jadi geram,” katanya.Perkongsian tersebut mendapat perhatian warga maya yang rata-ratanya menyarankan agar gadis itu menjarakkan diri daripada rakan serumah yang mementingkan diri sendiri."Manusia macam ni memang kali terakhir la nak buat baik dekat dia. Memang kena terus menjauh daripada terus berkawan."Kirim salam dekat dia. Cakap perangai dia serupa tahi," komen warga maya.