PENGALAMAN menaiki bas bersama sekumpulan lelaki Rohingya menjadi antara detik sukar dilupakan oleh seorang wanita.Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati dia merupakan satu-satunya penumpang berbangsa Melayu dalam perjalanan dari Pasir Puteh, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur. "Aku beli tiket saat-saat akhir pukul 6 petang, perjalanan bermula 9 malam. Masa masuk bas aku dah pelik... bau busuk gila.Ramai rakyat Malaysia kurang senang dengan lambakan warga asing di negara ini. -Gambar hiasan AI"Dari Pasir Putih sampai Machang aku tak boleh bernafas. Bayangkan ada 40 lelaki Rohingya. Aku seorang je perempuan Melayu dalam bas tu."Dalam hati, aku berdoa supaya Allah selamatkan aku daripada bau 'bangkai' ni," ujarnya memulakan cerita.Menurut wanita itu, bas dinaiki mereka kemudiannya ditahan pihak berkuasa di Tanah Merah sebelum semua penumpang diminta menyerahkan MyKad untuk tujuan pemeriksaan.Wanita tular selepas kongsi pengalamannya naik bas dengan warga Rohingya.Dia mendakwa bas itu dipenuhi lelaki Rohingya dan hanya dia satu-satunya wanita Melayu.Bas dinaiki mereka ditahan pihak berkuasa sebelum semua warga asing diarahkan turun bas.Wanita itu kemudiannya meneruskan perjalanan berdua dengan pemandu bas sehingga ke KL.Ringkasan ini dijana oleh AI"Pegawai Imigresen naik beramai-ramai. Semua orang kena keluarkan MyKad. Aku pula gelabah tak jumpa MyKad, tapi aku tunjuk kad kahwin. Lepas tu semua lelaki dalam bas diarahkan keluar."Pemandu bas pun kena marah. Aku tengoklah Rohingya tu kena tangkap. Kena mencangkung dengan tangan di tengkuk. Selepas itu perjalanan diteruskan, tinggal aku seorang je penumpang."Bau mereka pun beransur hilang. Itulah kejadian yang aku tak boleh lupakan. Berdua la aku dengan pemandu bas sampailah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS)," imbasnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat you orang Malaysia?” - Jururawat kerajaan tengking wanita Rohingya buat kacau di klinik, berani pertikai kos rawatan!ARTIKEL BERKAITAN: Minta sedekah dalam kedai, remaja Rohingya kena ‘hayun’ selepas usik makanan pelanggan - “Aku dah la tengah period”Di ruangan komen, ramai pelayar Threads turut berkongsi pengalaman mereka menaiki pengangkutan awam bersama warga asing."Aku pula naik bas dari Larkin, Johor ke Bachok, Kelantan. Duduk belakang orang Indonesia. Dia bercakap telefon kuat dalam dua ke tiga jam."Aku pernah naik bas penuh dengan pendatang asing. Seksa hidup. Sekali sampai R&R Gua Musang, mereka kena tahan. Ada Indonesia dengan Rohingya," tulis netizen.