suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ingat you orang Malaysia?” - Jururawat kerajaan tengking wanita Rohingya buat kacau di klinik, berani pertikai kos rawatan!

Warga asing perlu memahami dan menghormati undang-undang di negara mereka berada. -Gambar hiasan AI

ISU membabitkan etnik Rohingya yang didakwa cuba mengambil kesempatan terhadap kemudahan awam terus menjadi bualan hangat, dengan kejadian terbaharu dilaporkan berlaku di sebuah klinik kesihatan.

Menurut perkongsian seorang lelaki, kisah berlaku ketika ibu saudaranya hadir ke klinik berkenaan untuk mendapatkan pemeriksaan kehamilan.

Ketika itulah seorang wanita Rohingya datang ke klinik berkenaan untuk membuka buku rekod kehamilan (buku pink).

Bagaimanapun, suasana mula bertukar tegang apabila wanita warga asing itu diminta untuk menjelaskan bayaran deposit sebanyak RM30.

Rakyat Malaysia berhak menggunakan kemudahan awam dengan selesa. -Gambar hiasan AI

Rakyat Malaysia berhak menggunakan kemudahan awam dengan selesa. -Gambar hiasan AI

"Jururawat memaklumkan bayaran perlu dibuat sebelum urusan pemeriksaan diteruskan, tapi wanita Rohingya tu cakap dia tiada duit.

“Jururawat tu dengan tegas beritahu jika tiada duit, perlu dapatkan rawatan di klinik swasta kerana kemudahan kerajaan perlu mengikut prosedur tertentu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua wanita Rohingya nak bersalin, suami cuma ada RM1,000... Saksi tabik kesabaran petugas hospital layan drama

ARTIKEL BERKAITAN: Budak Rohingya tapau makanan, siap bawa geng... Pengantin dah tak senang duduk, kek kahwin pun nyaris kena kebas!

Selepas mendengarkan teguran tegas daripada jururawat tersebut, wanita Rohingya itu secara tiba-tiba mengeluarkan kad debit lalu membuat bayaran seperti yang diminta.

Tidak terhenti setakat itu, 'drama' membabitkan warga asing berkenaan berlanjutan apabila dia diminta membuat bayaran lain bagi meneruskan sesi rawatan.

"Makcik aku terkejut... lepas dia bayar deposit, tiba-tiba wanita Rohingya tu mengamuk dan bergaduh lagi dengan jururawat. Kali ini sebab dia kena buat bayaran lain pula.

"Jururawat tu jelaskan bahawa bayaran RM30 sebelum tu adalah deposit dan bayaran lain masih diperlukan sebelum scan baby," katanya.

Situasi menjadi semakin meruncing apabila wanita berkenaan mula meninggikan suara, sehingga memaksa seorang kakitangan lelaki keluar dari bilik rawatan untuk menenangkan keadaan.

"Wanita Rohingya tu pertikai kenapa orang lain yang ada kat situ tak perlu bayar pun. 

"Jururawat tu terus tengking you ingat you orang Malaysia ke? Bayar sekarang, tak bayar tak boleh scan," katanya.

  • Wanita Rohingya didakwa pertikai bayaran ketika pemeriksaan kehamilan.
  • Jururawat dikatakan tegas mengikut prosedur klinik.
  • Pertikaian bayaran RM30 cetus perhatian netizen.
  • Situasi di klinik dilaporkan menjadi tegang.
  • Perkongsian lelaki itu tular di media sosial.

Selepas dimarahi dengan tegas oleh jururawat berkenaan, wanita Rohingya itu akhirnya memilih untuk terus keluar dan meninggalkan perkarangan klinik.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian netizen yang rata-ratanya berasa puas hati dan menyokong penuh tindakan berani jururawat terbabit.

"Terima kasih jururawat. Kalau nak garang kepada puak hanyut macam ni, kami memang suka.

"Kemain ya puak ni, ingat dia orang Malaysia ke nak dapat layanan istimewa macam ni.

"Ini bukan kezaliman, tapi mempertahankan hak dan kedaulatan. Tahniah pada yang berani dan tegas," komen warga maya.

Artikel Lain