suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Rohingya tapau makanan, siap bawa geng... Pengantin dah tak senang duduk, kek kahwin pun nyaris kena kebas!

Kehadiran tetamu yang tidak diundang boleh mencetuskan situasi di luar jangka. -Gambar hiasan AI

HARI perkahwinan sepatutnya menjadi antara detik paling indah dan sukar dilupakan dalam hidup seseorang.

Namun bagi seorang wanita ini, kenangan manis itu didakwa sedikit tercalar dengan kejadian tidak dijangka yang berlaku ketika hari bahagianya.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita berkenaan mendakwa terdapat beberapa insiden melibatkan seorang kanak-kanak warga Rohingya yang muncul tiba-tiba sehingga menimbulkan rasa kurang senang ketika acara sedang berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua wanita Rohingya nak bersalin, suami cuma ada RM1,000... Saksi tabik kesabaran petugas hospital layan drama

ARTIKEL BERKAITAN: Minta sedekah dalam kedai, remaja Rohingya kena ‘hayun’ selepas usik makanan pelanggan - “Aku dah la tengah period”

"Aku baru lepas majlis. Tahu tak apa yang spoil? Ada anak Rohingya siap tapau makan dekat wedding aku!

"Masa mula nak sanding sebelum pengantin lelaki sampai, aku dah perasan ada seorang budak ni kenapa selekeh sangat. Tapi tak nak judge la. 

"Dia selit-selit berdiri sebelah aku. Lepastu hilang! Rupanya dia pergi depan join 'tol' family aku weh! Siap ada termasuk dalam video," kongsinya.

Segelintir pengguna media sosial berkongsi pengalaman masing-masing berdepan dengan kanak-kanak etnik Rohingya. -Gambar hiasan AI

Wanita itu turut mendakwa kanak-kanak tersebut dilihat menikmati pelbagai hidangan disediakan untuk tetamu, malah berulang kali keluar masuk dewan seolah-olah seperti tetamu jemputan.

"Dah petang sikit lebih kurang pukul 2.00 gitu, budak tu pergi tapau makanan dekat meja dessert. Kawan cerita sebab dia nampak.

"Lepastu dia balik. Yang tak tahan tu, dia datang semula siap pakai tudung warna lain, bawa dua orang lagi geng dia rupanya," ceritanya.

Lebih mengejutkan, wanita itu turut mendakwa berlaku cubaan mensabotaj kek perkahwinannya, namun berjaya dihalang pengapit yang berada berhampiran.

  • Seorang wanita mendakwa hari perkahwinannya terganggu akibat beberapa insiden melibatkan seorang kanak-kanak Rohingya.
  • Kanak-kanak itu menyelinap masuk ke majlis dan berulang kali menikmati makanan yang disediakan untuk tetamu.
  • Kanak-kanak itu membawa pulang makanan sebelum kembali semula Berlaku cubaan mengganggu kek perkahwinan, namun berjaya dihalang oleh pengapit.
  • Netizen mencadangkan aspek kawalan keselamatan dan pengurusan tetamu dipertingkatkan pada majlis akan datang.

"Dia dah datang dekat, mungkin nak rasa. Tapi nasib ada kawan-kawan as bridesmaid yang function

"Kawan aku terus je tarik ke belakang. Kalau tidak, habis dia colet sikit guna jari nak rasa agaknya," ceritanya lagi.

Perkongsian itu mengundang perhatian netizen yang tampil dengan reaksi bercampur.

Ada berpendapat kejadian tersebut mungkin berlaku kerana keadaan majlis yang terbuka dengan kehadiran ramai tetamu serta pengunjung luar tidak dijangka.

Dalam masa sama, segelintir netizen turut menasihatkan agar perkara berkenaan dijadikan pengajaran untuk penambahbaikan aspek kawalan keselamatan dan pengurusan tetamu pada masa akan datang.

Artikel Lain