BUKAN semua anak muda memilih untuk bercinta ketika masih bergelar pelajar, namun keputusan itu adakalanya mengundang pelbagai tanggapan daripada orang sekeliling termasuk keluarga sendiri.Itulah situasi dialami seorang remaja lelaki berusia 19 tahun apabila ibu bapanya mengesyaki dia meminati kaum sejenis kerana masih tidak mempunyai teman wanita. Menerusi satu perkongsian di media sosial, pemuda itu meluahkan hasrat mencari mana-mana gadis yang sanggup menjalinkan hubungan cinta 'olok-olok' dengannya bagi meyakinkan ibu bapanya bahawa dia bukan seorang gay.ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih bernafsu songsang, kantoi ralit tengok gambar lelaki... Wanita ragu-ragu nak teruskan pertunangan - “Kenapa tak jujur dari awal?”ARTIKEL BERKAITAN: Kacak, fasih baca doa... Wanita kecewa ‘crush’ di ofis rupanya songsang! Kini mula belajar cara kesan lelaki gay"Parents aku syak aku gay. Ada mana-mana gadis berminat nak jalin fake relationship tak? Saya lelaki, 19 tahun, ketinggian 171 sentimeter," tulisnya.Menurutnya, dia hanya memerlukan seorang pasangan yang tidak banyak kerenah kerana hubungan itu sekadar untuk menutup mulut ibu bapanya."Perlukan pasangan yang tak banyak karenah, sekadar untuk tutup mulut ibu bapa aku. Dating dekat Pasar Seni tu okeylah. Aku tak suka komitmen sangat," katanya.Ada individu yang memilih untuk mengutamakan pelajaran terlebih dahulu sebelum memikirkan soal percintaan. -Gambar hiasan AIDalam masa sama, pemuda berkenaan menegaskan bahawa dia bukan seorang gay, sebaliknya memilih untuk tidak bercinta kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajaran."Untuk makluman, aku tak gay. Aku tak minat sangat dating sebab masih seorang pelajar. Tapi dah berumur 19 tahun dan tak ada teman wanita... ibu bapa aku mula persoalkan," jelasnya.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya, dengan ada yang menganggap luahan itu mencuit hati, malah ramai yang bersetuju untuk 'membantunya'.Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mendakwa ibu bapanya mengesyaki dia meminati kaum sejenis kerana masih belum ada teman wanita.Dia mencari gadis yang sanggup menjalinkan hubungan cinta 'olok-olok' semata-mata untuk menutup mulut ibu bapanya.Pemuda itu menegaskan dia bukan gay, sebaliknya memilih untuk tidak bercinta kerana mahu memberi tumpuan kepada pelajaran.Dia mengakui tidak gemar komitmen dan hanya mahu hubungan yang santai.Netizen yang berseloroh menawarkan diri, manakala ada yang berpendapat ibu bapa tidak wajar membuat andaian terhadap anak.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kalau awak sanggup belanja saya setiap kali keluar dan tak kisah dengan wanita yang sedikit lebih berusia, saya okey je."Bro nak belanja all dates ke? Dalam keadaan ekonomi sekarang, aku terima je," komen segelintir netizen.Dalam pada itu, sebahagian lagi berpendapat ibu bapa tidak seharusnya bersikap menekan atau membuat andaian hanya berdasarkan tanggapan luaran terhadap anak mereka.