SETIAP kali timbulnya berita tentang haruan makan anak, ramai antara kita yang seolah-olah sukar percaya seorang bapa sanggup bertindak sedemikian rupa.Namun menurut seorang wanita, dia mempunyai teori tersendiri bagaimana seorang lelaki itu sanggup menjadikan anak perempuan sebagai hamba nafsunya. "Sebenarnya bila tengok kes-kes macam ni, saya macam ada teori sendiri. Pada pendapat saya, ayah yang involve dengan anak tak akan tergamak buat macam ni.Mangsa rogol berdepan trauma berpanjangan dalam hidup mereka. -Gambar hiasan AI"Involve itu bermakna pernah azankan atau iqamat anak, cebok berak masa bayi dan banyak bermain (luang masa) dengan anak. Ini kerana awak lihat anak sebagai anak, bukannya perempuan lain."Tapi bapa yang tak involve pula, dia serah semua urusan kepada mak. Jadi tak mustahil dia nampak anak macam perempuan lain. Nauzubillah," tulisnya.Wanita itu berkongsi pendapatnya menerusi aplikasi Threads.Wanita tular selepas kongsi teori kes sumbang mahram di Threads.Dia berkata bapa yang baik tak akan tergamak rogol anak sendiri.Lelaki yang jarang jaga anak berpotensi rogol darah daging mereka.Dia mendakwa lelaki jenis itu serah semua urusan anak kepada isteri.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, seorang lagi wanita turut menyuarakan pendapat sama."Ya betul. Lelaki yang serakan semua kat bini masa anak kecil, bila anak besar, dia nampak anak tu macam bini masa zaman muda-muda."Saya pernah terbaca. Ada kes lelaki tengok anak perempuan dia seperti isteri sendiri. Masa 'bersama' isteri pun dia terbayang anak sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: “Dia hempap badan, gesel-gesel” - Gadis ambil masa 15 tahun bongkar kisah sepupu durjana, mengaku jadi ‘hamba’ nafsu sejak usia 5 tahunARTIKEL BERKAITAN: “Malam ni dapat main rogol-rogol lagi tak?” - Terdengar perbualan rakan sekelas, pemuda bongkar ‘darkside’ asrama sekolah"Sebabnya, dari kecil dia tak pernah jaga anak. Semua bini buat, alasannya sebab bini suri rumah," kongsi wanita itu pula.Namun, ada juga pelayar Threads yang tidak bersetuju dengan teori dibangkitkan dua wanita berkenaan."Tak juga. Lelaki yang nampak macam family man dan mesra dengan anak-anak ni boleh jadi calon perogol darah daging sendiri."Sebenarnya ia bergantung pada iman. Ayah yang tak bertanggungjawab nak jaga iman memang mudah terpengaruh buat benda keji," tulis netizen lagi.