suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teman lelaki umur 35 tiada motivasi, asyik berhenti kerja kalau kena marah! Wanita buntu fikir masa depan, kursus kahwin pun mak bayar

Elakkan diri daripada hanyut dengan pasangan yang tidak mementingkan masa depan. -Gambar hiasan AI

FASA dalam hubungan bukan sekadar soal keserasian tetapi melibatkan soal masa depan dan tanggungjawab yang perlu difikirkan dengan matang.

Seorang wanita berkongsi dalam dilema sama ada ingin meneruskan perkahwinan dengan teman lelakinya selepas tiga tahun menjalinkan hubungan.

Menurut wanita itu, teman lelakinya yang berusia 35 tahun itu dilihat sebagai tidak mempunyai motivasi dan wawasan dalam hidup membuatkan dia putus asa untuk mempertahan hubungan tersebut.

Lumrah wanita pastinya mengharapkan kehidupan bahagia selepas berkawin. -Gambar hiasan AI

"Kerja tak pernah lama, tiga bulan je dah 'cabut'. Alasan sebab kerja tu stres. Dia pakai kereta lama. Kereta dah berlubang sana sini. Itu pun kereta saudara dia yang bagi.

"Dia masih lagi duduk dengan famili. Kalau saya keluar makan dengan famili dia, kekasih saya ni akan buat muka tak tahu dan biarkan mak dia yang bayar makanan kami.

"Tak ada motivasi dalam hidup dia. Ini dilema saya. Saya berkenalan dengan dia sudah lama tapi dia masih tak ada simpanan. Langsung tak ada duit. Berhenti kerja setiap kali orang marah dia," ujar wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayang suami sampai buta hati! Isteri sanjung akhlak pasangan, tak percaya dicurangi walau bukti depan batang hidung

ARTIKEL BERKAITAN: Menyampah tumpangkan pasangan baru kahwin... Tidur dalam kereta pun nak berpangku - “Borak macam tengah stim, bodoh!”

Bagaimanapun, dia mengakui ada perkara positif yang ada pada lelaki itu, namun belum cukup untuk menenangkan kebimbangannya mengenai masa depan.

"Sisi baik dia ni setia dan baik terhadap saya. Cuma tu je, tak ada duit dan motivasi. Tak kan semua benda nak harap dekat saya. Saya tak pasti macam mana kalau nanti nak kahwin.

"Nak beli cincin pun tak ada duit. Kursus kahwin pun mak dia yang bayarkan. Makin hari makin saya 'fed up' dengan perangai dia yang duduk main game je. Nasib belum kahwin," ceritanya lagi.

  • Wanita buntu teman lelaki 35 tahun tiada simpanan, kerap berhenti kerja.
  • Lelaki itu didakwa masih bergantung kepada keluarga dan gemar bermain game.
  • Hubungan sudah tiga tahun, namun wanita risau soal masa depan.
  • Netizen menasihatkannya berfikir panjang sebelum berkahwin.
  • Ramai menyifatkan kestabilan hidup penting dalam sesebuah perkahwinan.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menasihatkan wanita tersebut agar berfikir panjang sebelum meneruskan hubungan.

"Dia setia sebab tak ada orang lain yang nak dekat dia. Awak je dia ada. Nasihat saya, tinggalkan saja la. Kalau sekarang pun awak serabut, nanti kahwin lagi teruk.

"Jangan, saya pernah kenal orang macam ni. Asyik kerja dan berhenti saja lepas tu jual burger depan rumah. Meniaga pun sehari je dah tutup kedai. Kemudian bercerai," komen beberapa netizen.

Artikel Lain