suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sayang suami sampai buta hati! Isteri sanjung akhlak pasangan, tak percaya dicurangi walau bukti depan batang hidung

Perbuatan curang melalui aplikasi janji temu boleh merosakkan institusi rumah tangga. -Gambar hiasan AI

CUBAAN seorang wanita untuk mendedahkan kecurangan seorang suami berakhir dengan situasi di luar jangkaan apabila segala bukti yang diberikan tetap dinafikan sekeras-kerasnya.

Menurut cerita wanita itu, dia mendakwa hanya mengetahui lelaki yang dikenalinya menerusi sebuah laman janji temu berkenaan berstatus suami orang selepas enam bulan berkenalan.

Pada mulanya wanita itu bersetuju untuk tidak mendedahkan perkara berkenaan selepas lelaki terbabit berjanji akan memadam akaun dan berhenti menggunakan aplikasi tersebut.

"Saya pernah kenal seseorang melalui dating site. Lepas enam bulan kenal baru tahu dia suami orang.

Curang sering menjadi topik yang dibahaskan di media sosial. -Gambar hiasan

"Lepas tu saya confront. Dia kata akan padam profil tu dengan syarat saya tak kantoikan dekat isteri dia. Kemudian saya malas nak layan dan terus padam akaun dating site," katanya.

Bagaimanapun, selepas tiga bulan, dia kembali membuka akaun baharu di aplikasi sama kerana bosan.

Namun dia terkejut apabila menjumpai  profil lelaki berkenaan yang masih aktif.

Tidak mahu pasangan lelaki itu terus diperdaya, wanita berkenaan mengambil keputusan menghubungi si isteri dan mengirim tangkap layar profil serta perbualannya dengan suaminya.

Namun, reaksi isteri lelaki itu sangat mengecewakan kerana dia lebih percaya akaun berkenaan hanyalah profil lama suaminya yang terlupa dipadam, walaupun bukti nyata telah dihantar.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bersengkang mata jaga anak sakit, suami tuduh berzina di wad sebab tutup langsir - “Lelaki macam ni nak cover kecurangan”

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas kantoi keluar dengan anggota penguat kuasa, isteri tampil tuduh suami curang dulu... Dalam proses tuntut fasakh

"Isteri dia cakap tahu je suami dia ada akaun tu sebelum kahwin lagi pada tahun 2018. Dia pasti tu profil lama suami dia yang terlupa nak padam.

"Kemudian saya hantar semua perbualan siap bukti tarikh. Tapi entah apa si suami ni putar belit sampai isteri dia tetap kata tu bukan suami dia. Dia cakap laptop suami kena hack (digodam). Dia siap post status puji suami dia.

"Dia cakap rumah tangga dia terkena penyakit 'ain' sampai ada orang cuba menyebar fitnah dekat dia dan suami dan bahawasanya suami dia ni terpuji akhlaknya," menurut cerita wanita itu lagi.

  • Wanita dedah suami curang, namun isteri tetap tidak percaya.
  • Pelbagai bukti dikemukakan, tetapi semuanya dinafikan.
  • Isteri percaya suaminya menjadi mangsa penggodam.
  • Pendedahan kecurangan didakwa berpunca daripada perasaan dengki.
  • Pengalaman itu buat wanita serik membantu isteri yang dicurangi.

Malah katanya, walaupun memiliki gambar bersama lelaki tersebut serta rekod perbualan di WhatsApp dan Instagram, dia akhirnya memilih untuk tidak lagi mencampuri urusan pasangan itu.

"Walaupun saya ada bukti gambar keluar dengan suami dia... siap ada perbualan kami bersama tapi saya pilih untuk biarkan si isteri tu dengan kebodohan dia. Dah hantar semua bukti pun boleh juga salahkan penyakit 'ain'.

"Sejak daripada momen itu, saya tidak lagi menyebelahi woman support woman (prinsip wanita perlu sentiasa menyokong wanita) Saya hanya sokong wanita yang bijak je ye," katanya lagi.

Artikel Lain