Ada segelintir rider yang malas untuk menghantar pesanan sampai ke depan rumah pelanggan. -Gambar hiasan AI
TUGASAN sebagai pekerja penghantar makanan atau rider semestinya menuntut tanggungjawab besar untuk memastikan pesanan sampai terus ke pintu rumah pelanggan dengan selamat.Menurut seorang rider, dia secara jujur mengakui sebelum ini kerap mengelat dan culas dalam menyempurnakan amanah tersebut. Namun katanya, tabiat buruk itu berubah sepenuhnya selepas dia berdepan dengan satu peristiwa menyentuh hati dan benar-benar membuka matanya.Rider seharusnya amanah dalam melaksanakan tugasan. -Gambar hiasan AI"Aku malas nak naik bangunan untuk hantar order. Aku mesej pelanggan suruh tunggu di lobi. Padahal dia dah letak nota suruh hantar atas dekat pejabat."Lepas tu dia pun turunlah. Sekali aku tengok akak tu mengandung, perut besar gila. Mungkin tujuh atau lapan bulan kot."Sejak tu, kalau ada nota suruh hantar atas, tak kisah la dia tipu ada anak kecil ke atau apa... aku hantar je walaupun flat tingkat lima sekali pun," ujarnya.Seorang rider berkongsi kisahnya yang pernah malas menyempurnakan tugasannya.Dia akui serba salah kerana telah menyusahkan seorang pelanggan yang sarat hamil.Sejak kejadian itu, rider berkenaan sudah tidak berkira walaupun perlu menaiki tangga.Beberapa pelanggan turut kongsi pengalaman mereka berdepan rider pemalas di ruangan komen.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut pemuda itu, rasa bersalah terhadap wanita tersebut masih menghantuinya walaupun kejadian berkenaan sudah lama berlalu."Akak tu kata dia tak boleh turun sebab sarat mengandung, itu yang aku jadi serba salah. Rasa serba salah tu sampai sekarang walaupun ia berlaku tahun 2021."Akak yang mengandung turun lobi tu siap bagi tips dekat saya. Itu yang menyebabkan lagi serba salah," ujar pemuda itu lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan seksi waktu pagi, rider 'terseksa' hantar barang... Iman kena kuat - "Yang 'dalam' pun perlu ambil kira juga"ARTIKEL BERKAITAN: Tersadai tepi jalan, lelaki ini tak sangka ada rider singgah jenguk dan hulur makanan... terkejut dapat tahu identitinya - “Saya minta rakan bawa dia datang rumah”Hantaran di Threads itu turut mengundang pelbagai komen daripada netizen."Saya pernah kena macam tu. Turun bawa baby dengan hujan lagi. Rider ambil banyak job, tapi tak hantar sampai alamat kita."Rumah saya tingkat tiga, tiada lif. Saya sarat pun turun. Terus rider minta maaf sebab dia serba salah," tulis netizen.