suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Nak pandang mata isteri pun tak boleh” - Suami PJJ pulang bawa dosa zina, menyesal ‘termakan’ rakan sekerja

Segelintir lelaki tewas dengan godaan ketika berjauhan dengan isteri. -Gambar hiasan AI

PASANGAN yang menjalani hubungan jarak jauh (PJJ) sememangnya berdepan banyak cabaran dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Malah dalam fasa berjauhan ini, benteng keimanan perlu kuat untuk menahan godaan agar tidak terjerumus melakukan perkara terkutuk yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Menurut seorang lelaki di platform X, dia kini menanggung penyesalan tidak berkesudahan kerana pernah menduakan isterinya saat mereka tinggal berjauhan.

Seorang suami tidak sepatutnya melukai hati isteri. -Gambar hiasan AI

"Aku PJJ dengan isteri. Ada satu hari tu, aku terlalu terangsang. Aku terlanjur dengan rakan sekerja.

"Apabila cuti, aku balik kampung jumpa isteri. Aku rasa bersalah gila. Nak pandang mata dia pun tak boleh.

"Aku bertaubat, aku menyesal gila dengan perbuatan ini," luahnya di media sosial.

  • Seorang lelaki mengaku pernah terlanjur dengan rakan sekerjanya.
  • Dia berkata kejadian itu berlaku sewaktu tinggal berjauhan dengan isterinya.
  • Lelaki itu akui menyesal kerana telah menduakan isterinya saat mereka PJJ.
  • Netizen menyelar lelaki itu dan minta dia buat saringan penyakit kelamin.

Hantaran tersebut mengundang kemarahan ramai pelayar X sehingga netizen bertindak menyelar tindakan melampau lelaki itu kerana terlalu mengikut hawa nafsu.

"Semoga bercerai. Tak berbaloi isteri hidup dengan jantan murahan macam ni. Dia layak dapat lelaki lebih baik.

"Aku harap isteri dia tahu. Jahat, rasa tak adil sangat untuk isterinya. Entah-entah dia ketagih buat lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rekod bersih’ dari zaman bercinta di kolej, suami akhirnya terlanjur dengan bibik! Beri alasan isteri asyik tolak seks - "Maid cakap banyak kali"

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas ‘dicelup’ baru tahu rupanya terlanjur dengan suami orang... Penyondol menyesal tak semak latar belakang

"Aku tak percaya kau tak sengaja terlanjur. Kalau dengan rakan sekerja ni, mesti dah lama kau bernafsu dengan dia," tulis netizen.

Pada masa sama, segelintir netizen turut menggesa lelaki itu menjalani saringan bagi mengesan sebarang jangkitan penyakit kelamin.

Sebagai peringatan, zina merupakan satu dosa besar dan semua umat Islam perlu menjauhinya.

Artikel Lain