suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rajin tolong buat kerja rumah, menantu terkilan disangka ‘bibik’ keluarga... Teringat zaman sekolah jadi mangsa buli

Ibu mentua sepatutnya lebih tahu menjaga sensitiviti menantu. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila keikhlasan membantu melakukan kerja rumah setiap kali pulang menziarahi ibu mentuanya langsung tidak dihargai.

Tidak hanya itu, dia sering disindir oleh wanita itu yang membuatkan dia tawar hati untuk membantu meringankan beban ibu mentua.

Hatinya bertambah remuk apabila rakan-rakan ibu mentua turut menyangka dia ialah pembantu rumah dan wanita itu tidak pernah cuba mempertahankannya.

"Saya pernah jadi menantu yang naif sampai kawan-kawan mak mentua ingat saya ini orang gaji. Dulu mak mentua ada maid tapi dia lari rumah sebab mencuri.

Menguruskan kerja rumah yang banyak boleh memberi tekanan kepada mental. -Gambar hiasan

"Jadi sejak itu mak mentua tidak ada orang gaji. Sejak 'masuk' dalam keluarga itu, saya jadi rajin tolong tapi lepas mak mentua selalu bermulut puaka, saya jadi kurang nak berbaik-baik lagi.

"Pernah mak mentua saya kata tengok sekali pun tahu dah dia ini jenis naif. Dulu dekat sekolah mesti selalu kena buli dengan kawan-kawan. Tersentap saya," luahnya di Threads.

Kata-kata tajam ibu mentua membuatkan dia mengimbau semula episod menjadi mangsa buli ketika zaman persekolahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua paksa balik raya awal, rupanya nak suruh kemas rumah! Lega suami jadi ‘hero’, tak rela isteri dilayan macam bibik

ARTIKEL BERKAITAN: Penat sampai terlepas marah pada anak... Wanita luah derita jadi ‘bibik’ sejak mentua menumpang di rumah

Bezanya, kini dia dibuli secara mental oleh ibu mentuanya sendiri yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan selepas suami.

"Masalahnya (kata-kata) mentua itu betul. Saya naif jenis luru zaman sekolah sampai pernah kena buli.

"Tapi bila saya kahwin, rasa macam kena buli pula dengan mak mentua tapi dari segi mental," katanya lagi. 

  • Rajin bantu mentua, disangka pembantu rumah oleh tetamu.
  • Kata-kata ibu mentua buat wanita imbas pengalaman dibuli di sekolah.
  • Pengadu akui pernah dibuli kerana bersifat naif sebelum masuk sekolah berasrama.
  • Wanita dakwa kini berdepan 'buli mental' daripada ibu mentua selepas berkahwin.
  • Netizen simpati, gesa pengadu tidak terus berdiam diri dengan layanan mentua.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut bersimpati dengan nasib wanita itu dan menggesanya supaya tidak terus berdiam diri jika sering diperlakukan sedemikian.

"Belajarlah buat muka jijik dekat ibu mentua setiap kali dia bercakap. Biar sekali dia terasa yang dia tak ada common sense.

"Senang je nak diamkan dia. Cuba puji mak mentua orang lain atau kawan-kawan dia atau mak datin lain ke lebih-lebih sikit, mesti dia terasa.

"Berapa lama dah kahwin ni sis? Macam mana boleh bertahan dengan keluarga macam tu? Macam mana pula awak boleh kenal dengan suami macam tu," soal seorang lagi netizen.

Artikel Lain