suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Herdik staf mengandung, larang solat... Bos perempuan kena kanser tahap 4 meninggal dunia, dianggap dapat kifarah

Wanita yang hamil perlu ke klinik secara berkala untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. -Gambar hiasan AI

DALAM kehidupan ini, kita percaya setiap perbuatan, tidak kira baik atau buruk, pasti ada balasannya.

Menurut seorang wanita, bekas majikannya yang pernah menganiayai dirinya berdepan balasan sakit kanser sehingga meninggal dunia.

Mengimbas pengalaman sewaktu bekerja bersama, wanita itu mendakwa dia pernah diherdik oleh bekas majikannya itu ketika sedang hamil.

Segelintir individu berdepan pengalaman pahit dengan majikan wanita. -Gambar hiasan AI

"Apa pembalasan yang korang tengok kena dekat orang yang dah zalimi korang? Cerita aku, masa tu baru kerja, beberapa bulan kemudian mengandung. 

"Ada hari tu, aku minta izin ke klinik. Bos aku marah. Dia kata anak (dalam perut) aku ni tak bagus, sejak mengandung prestasi kerja teruk. Aku gigil tahan nangis.

"Setahun lepas, aku tukar ke jabatan lain. Dia kena kanser payudara," ujar wanita itu menerusi satu perkongsian di Threads.

  • Wanita imbas pengalaman pahit bekerja dengan majikan sama jantina.
  • Pengadu mendakwa wanita itu pernah mengherdiknya ketika dia hamil.
  • Dia juga dilarang untuk menunaikan solat di dalam ruangan pejabat.
  • Dia berkata majikannya itu sudah meninggal dunia akibat kanser payudara.

Antara lain, dia mendakwa turut dilarang menunaikan solat di dalam pejabat oleh bekas majikannya yang bukan beragama Islam itu.

"Selain kena maki, dia juga tak bagi solat dalam pejabat, katanya nanti barang dalam stor hilang. Sebab dia pemarah, kansernya merebak cepat ke tahap empat.

"Dalam setahun itu meninggal. Padahal orangnya sihat dan jaga kesihatan. Sebelum itu dia ada ajak aku reunion pejabat, tapi aku tak pergi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hanya ketawa, bekas suami terima kifarah lepas 10 tahun halau isteri dan anak-anak macam anjing kurap

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin ini kifarah kami” - Kisah benar pasangan suami isteri dihimpit dosa lampau, terus hilang ‘spark’ di bilik tidur

"Trauma kena jerit dan maki tu tak hilang. Kawan ajak ziarah pengebumian dia pun aku tak pergi. Aku selalu nasib tak baik dengan bos perempuan," ujar wanita itu lagi.

Dalam hantaran sama, wanita itu turut memberi peringatan kepada golongan berkuasa agar tidak menzalimi golongan bawahan.

"Sudahnya jadi pengajaran juga dekat diri kita. Jangan menzalimi orang lain, takut balasan Allah," tulis wanita itu lagi. 

Artikel Lain