MENJADI lumrah golongan lelaki lembut sering menjadi sasaran kebencian segelintir masyarakat yang beranggapan mereka sering terlibat dengan perkara tidak baik.Menurut seorang lelaki lembut, stigma tersebut terus menghantuinya sehingga ke alam dewasa malah ada sahaja pihak-pihak tertentu bersangka buruk dengannya. Apa lebih menyedihkan setiap kali dia berkawan dengan lelaki 'tulen', rakan-rakannya itu turut dianggap songsang atau mempunyai hubungan terlarang dengannya.Segelintir individu lembut tiada keyakinan diri untuk berkawan dengan lelaki tulen. -Gambar hiasan AI"Aku memang jenis lembut dari dulu. Setiap kali aku dapat kawan baru, contohnya kawan di tempat kerja, mesti orang fikir kawan aku itu gay."Kenapa orang perlu cakap macam itu? Tak semestinya orang yang berkawan dengan lelaki lembut adalah gay. Kawan lelaki aku tak sampai 10 orang pun."Salah ke cara aku berkawan? Bila keluar sendirian, aku terfikir memang aku ditakdirkan tiada kawan ke? Setiap kali cari kawan baru, ada je benda tak kena," luahnya.Pemuda lembut tular selepas kongsi luahan hatinya di Threads.Dia sedih apabila kawan-kawan lelakinya dilabel sebagai gay.Pemuda itu akui sedih kerana ada pihak bersangka buruk dengannya.Beberapa lagi lelaki lembut turut kongsi kisah mereka di ruangan komen.Ringkasan ini dijana oleh AIPemuda itu membuat luahan berkenaan menerusi aplikasi Threads pada malam Rabu.Di ruangan komen, beberapa lelaki berperwatakan lembut turut berkongsi kesusahan serta dilema dilalui dalam kehidupan mereka.Malah ramai takut hendak berkawan rapat dengan lelaki kerana bimbang mereka akan mendapat malu dan dipandang serong.ARTIKEL BERKAITAN: Pakai seluar ketat tayang bonjolan! Pemuda rimas geng ‘sotong’ buat onar di gim, sejam sampai 5 kali masuk tandasARTIKEL BERKAITAN: Nampak pondan terus ketawa! Lelaki lembut sedih diejek masuk surau Muslimin, selesai solat Asar terus dihina"Sama, saya pun lelaki lembut. Asyik kena ejek dan dituduh sebagai gay. Saya memang takut nak berkawan dengan lelaki."Weh persis kisah aku! Dulu dekat kampung pun macam tu. Ada kawan rapat sikit dengan lelaki, terus dituduh bercinta," tulis beberapa pelayar Threads.Namun pada masa sama, ada juga netizen yang positif dan meminta golongan itu terus kuat dan sabar selagi mereka tidak melakukan perkara dilarang agama.