Memperkenalkan teman istimewa kepada ibu bapa dapat membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan yang bakal terjalin. -Gambar hiasan AI
BUDAYA bertaaruf melibatkan orang tua dan kenalan istimewa anak semakin diamalkan masyarakat masa kini.Malah ia dianggap sebagai satu langkah penting sebelum melangkah ke alam perkahwinan sekali gus mengelakkan hubungan toksik dan tidak 'sebulu' antara menantu dan mentua. Meskipun semakin dinormalisasi, namun ada segelintir ibu bapa yang masih berpegang teguh pada budaya dan adab Timur.Begitulah pendirian tegas seorang wanita yang menolak ajakan untuk bertemu teman wanita anaknya. Pasangan kekasih perlu sentiasa menjaga batas pergaulan. -Gambar hiasan AIBaginya, sesi suai kenal bersama keluarga hanya akan memberi harapan atau isyarat yang boleh disalah tafsir oleh sesiapa sahaja terutama pasangan terbabit.Tambahan pula anaknya mengakui diri masih belum bersedia untuk ke fasa lebih serius."Anak lelaki ajak jumpa girlfriend dia untuk sesi kenal-kenal, soalan pertama saya tanya are you ready to settle down? Dia jawab belum lagi, terus saya kata no, mama tak mahu jumpa," luahnya di Threads.Menjelaskan tentang penolakan tersebut, ujarnya, tindakan dilakukan itu bagi memastikan dirinya tidak berada dalam situasi serba salah di masa akan datang.Ibu tolak jumpa teman wanita anak kerana anak mengaku belum bersedia untuk berkahwin.Bimbang pertemuan keluarga dianggap sebagai tanda restu atau 'lampu hijau'.Tidak mahu rumah dijadikan tempat pasangan melepak.Berpendapat sesi kenal keluarga hanya sesuai apabila kedua-dua pihak bersedia ke fasa lebih serius.Ramai netizen bersetuju, namun ada yang berpandangan perkenalan awal membantu keluarga mengenali pasangan anak.Ringkasan ini dijana oleh AI"Bukan sebab saya tak suka kawan dia tapi kalau belum bersedia nak beri komitmen, jangan letak mama dalam situasi yang serba salah."Apabila dah berjumpa, nanti anak-anak akan rasa mama dah bagi 'lampu hijau'. Seterusnya mulalah rumah jadi port melepak," tambahnya menjelaskan kemungkinan yang akan berlaku jika memenuhi permintaan anak lelakinya itu.Malah dia turut menyatakan tidak kisah sekiranya digelar seorang ibu yang kolot kerana enggan bertemu dengan teman wanita anaknya itu."Biar tahu batas, too close for comfort, bertemu hanya bila masing-masing sudah bersedia ke fasa seterusnya," tegasnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Gadis musykil kawan B40 tapi hidup gaya T20, siap ‘terpaling’ Apple... Terus terdiam lepas ‘skodeng’ rumah!ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 3 pagi masih dengan lelaki, bakal mentua terus ‘downgrade’ teman wanita anak - “Kalau hantaran ni… dua tiga ribu je”Hantaran dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya bersetuju tindakan yang diambil."Saya berkongsi pandangan sama sebab di peringkat awal ni tak perlulah nak perkenalkan pada saya atau bawa ke kenduri keluarga."Saya berkawan selama lapan tahun sebelum berkahwin, sepanjang tempoh itu tidak ada sesiapa tahu tentang kami sebab malu kalau tak jadi."Mak ayah aku lain pula, mereka lebih suka jumpa sebab nak kenal hati budi tapi tak adalah dilayan macam menantu," demikian reaksi netizen.