suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja jadi imam siap buat ‘live’, tapi bacaan al-Fatihah pun tak lepas... Makmum terpaksa solat semula

Kebanyakan anak muda gemar menawarkan diri menjadi imam solat jemaah. -Gambar hiasan AI

TINDAKAN seorang remaja menawarkan diri sebagai imam solat Maghrib di sebuah surau pusat beli-belah dianggap berani kerana tidak ramai pemuda mahu mengambil tanggungjawab tersebut.

Bagaimanapun saat remaja itu mengeluarkan telefon untuk membuat video siaran langsung, timbul perasaan gusar dalam kalangan jemaah tentang tujuan sebenarnya.

Cerita salah seorang makmum dalam kejadian itu, perasaan gusar dengan kemampuannya mengimamkan solat tersebut menjadi kenyataan apabila remaja itu didakwa gagal membaca surah al-Fatihah dengan baik selain tajwid 'berterabur'.

"Pengajaran betul solat Maghrib di surau ini. Setibanya di saf kedua, aku lihat sekumpulan remaja telah berada di belakang tempat imam.

Individu yang menjaga solat akan menunaikan ibadah tersebut walau di mana sahaja. -Gambar hiasan

Individu yang menjaga solat akan menunaikan ibadah tersebut walau di mana sahaja. -Gambar hiasan

"Apabila masuk waktu, tanpa mereka melihat orang yang lebih tua untuk dijemput menjadi imam, salah seorang daripada mereka terus naik ke tempat imam.

"Sebelum mula takbir, dia on video mungkin buat live, terus hati aku tak tenteram.

"Angkat je takbir, aku dah tahu yang budak ni nak buat 'content', bacaan al-Fatihah memang tak lepas dan seperti biasa, takbir aku tidak berimam," luahnya seolah-olah kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab remaja berkenaan.

Apa lebih mengejutkan, dia melihat ramai makmum yang menunaikan solat sekali lagi.

  • Lelaki dakwa remaja terus tampil jadi imam solat Maghrib di surau pusat beli-belah di Putrajaya.
  • Remaja terbabit dipercayai mengaktifkan rakaman video sebelum memulakan solat.
  • Pengadu mendakwa bacaan Surah al-Fatihah imam muda itu tidak lancar.
  • Ramai makmum dikatakan mengulangi solat selepas berjemaah.
  • Warga maya kecewa apabila ibadah didakwa dijadikan kandungan media sosial.

Situasi yang berlaku itu membuatkan dia mengambil tanggungjawab untuk menegur remaja berkenaan berhubung tindakan menjadi imam solat Maghrib ketika itu.

Dakwanya lagi, remaja tersebut juga gagal menjawab soalan mengenai tajwid.

"Selesai solat, aku lihat banyak makmum yang solat semula. Aku terus jumpa budak terbabit dan tegur kenapa jadi imam.

"Soalan tajwid pun tak lepas apabila aku tanya, semata-mata kerana content... menyedihkan," tambahnya sambil mengakui pertama kali menyaksikan insiden sedemikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kagum tengok ramai anak muda jaga solat, tak segan jadi imam... Lelaki anggap surau mall ‘port baik’ cari jodoh

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu buat ‘dek’ anak lelaki 11 tahun intai orang solat dalam surau... Wanita OKU luah rasa kesal, dakwa privasi terganggu!

Dalam hantarannya, lelaki itu turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menjadikan ibadah sebagai bahan kandungan sehingga mengabaikan tuntutan dan kesempurnaan dalam pelaksanaannya.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa kecewa dan terkilan kerana ibadah solat mula dijadikan bahan media sosial segelintir individu.

"Over confident pula nak jadi imam, orang yang tengok live dia yang berjuta-juta tu tak pelik ke?

"Ketahuilah, jadi imam ini tugas dan tanggungjawabnya berat. Ia bukan sekadar 'wah aku jadi imam' dan rekod kandungan media sosial," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain