Konflik antara ibu dan anak adalah perkara biasa namun perlu ditangani dengan penuh hikmah. -Gambar hiasan AI
HILANG pekerjaan sememangnya bukan sesuatu yang kita minta, namun tidak semua orang bernasib baik untuk memperoleh peluang baharu dalam tempoh singkat meskipun sudah berusaha mencari rezeki.Begitulah luahan pilu seorang wanita yang mengakui sangat kecewa apabila sering dilabel sebagai pemalas oleh ibunya sendiri selepas hampir setahun menganggur. Menurutnya, sepanjang tempoh itu dia tidak pernah hanya berdiam diri, sebaliknya membantu menguruskan kerja rumah termasuk memasak, mengemas dan melakukan pelbagai tugas harian lain.Namun, apa yang lebih menyedihkan apabila ibunya tergamak mengungkit soal makan dan minumnya sepanjang dia berada di kampung.Hilang pekerjaan boleh menyebabkan seseorang individu itu berasa tertekan. -Gambar hiasan AI"Sedih apabila mak sendiri asyik cakap saya ni pemalas. Tuduh saya bangun tidur dan makan je sebab hampir satu tahun tak bekerja. Bukan saya tak minta kerja cuma belum ada rezeki lagi."Tapi hakikatnya sepanjang saya tak bekerja, saya jadi tukang masak, kemas rumah dan segala kerja rumah saya buat. Bukan saya duduk secara free dan tak buat apa-apa. Malah saya belikan juga barang keperluan dapur."Tapi baru ni dia ungkit benda saya makan dan minum selama ni," luahnya yang terasa hati dengan sikap ibunya suka mengungkit itu.Wanita tersebut turut mendedahkan sebelum ini dia mempunyai pekerjaan yang stabil di bandar namun terpaksa meletak jawatan dan kembali ke kampung kerana ibunya sering merungut anak-anak jarang pulang melawat.ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa ibu sanggup susahkan anak sendiri! Hulur duit setiap bulan, bagi modal buka bisnes... Diam-diam buat loan RM15,000ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bimbang anak Gen Z tak pandai bawa diri, belum sebulan kerja dah dipecat... Kerja cuci pinggan, angkat ais pun gagal!"Mak saya nak duit je. Dia cakap... kalau anak tak nak balik melawat dia pun tak apa, asalkan kirim duit setiap bulan. Mak saya tak macam mak orang lain."Dah duduk merantau 14 tahun. Habis sekolah pun saya terus sambung belajar kemudian kerja dekat luar. Apabila jarang balik, dia cakap saya anak yang dah buang mak ayah."Tapi apabila balik ke kampung, begitu pula layanan dia. Kadang penat, nak kahwin tak ada orang nak pula. Sedih kan. Mungkin la kalau ada suami boleh mengadu nasib," ujar wanita itu lagi.Wanita sedih dituduh pemalas ibu sendiri.Hampir setahun menganggur, tetap urus rumah.Terkilan ibu lebih pentingkan kiriman duit.Pernah merantau 14 tahun demi cari rezeki.Netizen minta wanita terus kuat dan bersabar.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, rata-rata netizen meminta wanita itu terus bersabar dan tidak mudah berkecil hati, selain mencadangkan agar dia mencari pekerjaan sementara sebelum menunggu peluang yang lebih baik."Cari kerja kedai makan atau gerai jual makanan dulu dik. Cucuk vaksin dan kursus dulu. Ada rezeki baru cari kerja lain."Jangan kecil hati dengan mak. Dia risau tengok anak tak bekerja tu. Apabila kerja jadi sibuk pun dia risau juga. Buat la apa-apa pekerjaan asalkan ada pendapatan."Anak yang duduk dengan orang tua ni kadang lagi banyak kumpul dosa. Yang hadap je tahu. Kalau boleh tahan lagi, telan la sis. Takut jadi gila, baik angkat kaki," komen sebahagian netizen memberi cadangan.