PERCERAIAN mungkin menamatkan ikatan suami isteri, namun hubungan antara menantu dan keluarga mentua tidak seharusnya berakhir begitu sahaja.Terbaharu, tular kisah seorang menantu wanita yang mendapat sokongan penuh keluarga mentuanya walaupun dia sudah diceraikan suami. Kisah itu tular selepas ia dikongsi sendiri oleh kakak iparnya menerusi media sosial."Adik lelaki saya ceraikan isterinya talak tiga. Masa tu dia tengah gilakan seorang janda. Adik ipar saya tu suri rumah, anak dua orang.Perpisahan ibu bapa boleh memberi impak emosi kepada anak yang masih kecil. -Gambar hiasan AI"Menitis air mata ayah saya tengok anak jantan dia buat isteri macam tu. Mahkamah tetapkan nafkah dua orang anak RM250 sebulan."Adik saya pendapatan tak tetap, duit tak cukup. Jadi mak ayah saya tambah duit nafkah untuk cucu," ujar wanita itu.Selain memberi wang setiap bulan, dia berkata bapanya turut menyediakan sebuah rumah untuk keselesaan adik iparnya.Wanita kongsi cerita tentang adik lelakinya yang bercerai talak tiga.Dia sekeluarga tidak bersetuju dengan keputusan adik lelakinya itu.Bapa wanita itu sanggup memberi wang bulanan untuk menantunya.Bapanya juga turut menyediakan rumah untuk menantu selepas diceraikan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Ayah sewakan rumah, penuhkan dengan perabot. Siap bagi RM1,000 sebulan untuk sara cucu."Adik lelaki saya tak puas hati ex dia dapat RM1,000 daripada ayah."Kami ibu saudara ni cuba cukupkan keperluan anak buah, bawa jalan-jalan, beli mainan, bawa bercuti ke Sabah. Semua kami tanggung.ARTIKEL BERKAITAN: Geram biras mulut jahat! Selalu kutuk bapa mentua sebab kahwin 2... Nak tegur, sedar diri cuma ‘orang luar’ARTIKEL BERKAITAN: Takut gelaran keturunan ‘mati’, bapa mentua minta menantu lahirkan cucu lelaki! - “Sedih, rasa nak bawa lari anak saya tu”"Adik lelaki dan isteri baharu dia tu, kami suruh bayar tiket sendiri kalau nak sertai hari keluarga di Sabah," tulis wanita itu lagi.Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap keluarga itu yang sangat bertanggungjawab dan tidak memihak kepada lelaki zalim."Ini betul-betul ayah mentua yang bertanggungjawab. Ujian dia dapat anak lelaki macam tu."Bagusnya keluarga mentua. Bertuah dia dapat keluarga mentua macam ni," tulis netizen.