Golongan wanita pasti berasa dilema apabila mengetahi sejarah silam kekasihnya sebelum mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan AI
DALAM sesebuah hubungan, kejujuran mengenai kisah silam sering dianggap sebagai satu langkah penting untuk membina kepercayaan.Namun kadang kala ia boleh menjadi punca konflik emosi yang sukar diabaikan seperti dialami wanita ini. Malah dia secara terbuka mengakui berada dalam dilema selepas mengetahui kisah silam teman lelakinya, meskipun lelaki itu memiliki banyak ciri pasangan idaman."Salah ke kalau saya rasa maca tak boleh terima kisah silam teman lelaki saya, dia memang boyfriend material dan green flag.Pasangan yang baik pasti tidak akan bertanya mengenai kisah silam. -Gambar hiasan AI"Tapi setiap kali teringat apa yang dia pernah buat dengan bekas kekasih, saya rasa susah nak terima, saya rasa tak adil sebab dia dah buat perkara itu," luahnya di Threads.Jelasnya, perasaan tidak adil semakin menebal disebabkan dia sentiasa menjaga batas pergaulan sebelum berkahwin, sedangkan teman lelakinya pernah melakukan perkara bertentangan dengan prinsip dipegang.Tambahnya, situasi itu membuatkan dia mula berasa keliru sama ada hubungan yang terjalin wajar diteruskan atau sebaliknya.Wanita mengaku sukar menerima kisah silam teman lelakinya walaupun banyak ciri 'green flag'.Dia berasa tidak adil kerana sentiasa menjaga batas pergaulan.Perasaan tersebut menyebabkan dia keliru sama ada hubungan mereka patut diteruskan atau tidak.Wanita itu mengakui tidak mahu menghukum masa silam pasangan, namun sukar melupakan perkara yang telah berlaku.Netizen berpendapat setiap individu berhak memilih pasangan mengikut kriteria masing-masing, namun perlu menghargai usaha seseorang untuk berubah.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya tahu saya tak layak untuk mengadili atau menghukum dia tapi disebabkan perkara tersebut, semua usaha dia jadi tertutup."Saya jadi keliru sama ada patut teruskan atau tidak hubungan ni," luahnya lagi.Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berpendapat setiap individu berhak menentukan kriteria pasangan masing-masing, namun pada masa sama perlu mempertimbangkan usaha seseorang untuk berubah menjadi lebih baik."Memang tak boleh terima dan akan sentiasa sakit hati, jadi biarkan dia pergi dan awak cari pasangan yang lebih baik.ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa ‘tebuk tupai’ bimbang bakal suami tahu kisah silam, trauma fikir malam pertama - “Macam mana kalau tak berdarah?”ARTIKEL BERKAITAN: Ungkit kisah silam, disoal tentang solat pada pertemuan pertama... Wanita kecewa sikap dingin keluarga kekasih"Sepatutnya tak perlulah bagi harapan boleh terima dia sebab dia dah berubah, jangan jadi punca orang lain nak berubah jadi baik," demikian reaksi netizen.Mengulas mengenai isu berkaitan, pendakwah popular Ustaz Adnin berkata, pasangan mahupun kekasih tidak perlu tahu dan tidak berhak mengetahui kisah silam seseorang."Allah dah tutup aib, buat apa kita nak buka aib kita dan buat apa kita nak paksa orang untuk buka kisah silam dia pada kita."Kisah silam biarkanlah kisah silam, Allah Maha Pengampun tapi kalau selepas kahwin dia bercerita dengan harapan korang boleh bantu dia, maka bantulah dia. Janganlah mengadili," demikian perkosiannya di YouTube.