Mangsa rogol berdepan trauma berpanjangan sehingga mereka takut untuk mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan AI
TRAUMA akibat kejadian rogol boleh kekal menghantui mangsa, walaupun peristiwa hitam itu sudah berlalu bertahun-tahun lamanya.Di Thread, seorang wanita yang mendakwa pernah dirogol turut menyuarakan kebimbangannya untuk mendirikan rumah tangga suatu hari nanti. "Saya sebenarnya mangsa rogol ketika umur empat dan lima tahun. Saya dipaksa melakukan perbuatan terkutuk.Suami yang baik pasti akan mempersoalkan kisah silam isteri mereka. -Gambar hiasan AI"Persoalannya, macam mana saya nak terus terang dengan bakal suami nanti? Saya takut nanti dia tak dapat terima. Saya takut kena hina," tulisnya.Menurut wanita itu lagi, kebimbangan utamanya adalah jika dia tidak mengalami pendarahan sewaktu malam pertama bersama bakal suaminya kelak."Saya berkemungkinan sudah tiada dara, dah pecah dara. Orang cakap, kalau ada dara, nanti masa 'buat' tu akan berdarah.Wanita dakwa pernah jadi mangsa rogol ketika usia kanak-kanak.Dia bimbang sejarah hitam itu akan memusnahkan harapannya untuk berkahwin.Dia juga bimbang untuk berterus terang dengan bakal suaminya.Wanita itu turut bimbang sekiranya dia tidak mengalami pendarahan sewaktu malam pertama.Ringkasan ini dijana oleh AI"Macam mana kalau malam pertama saya tak berdarah? Nanti dia tahu juga. Saya takut dia tak nak. Hal ini bunyi macam tak senonoh, tapi saya betul-betul nak tahu," luah wanita itu lagi.Di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat wanita itu sebenarnya tidak perlu berterus terang tentang masa silamnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Dia hempap badan, gesel-gesel” - Gadis ambil masa 15 tahun bongkar kisah sepupu durjana, mengaku jadi ‘hamba’ nafsu sejak usia 5 tahunARTIKEL BERKAITAN: Gadis dakwa ‘ditebuk’ teman lelaki... Rupanya mak ayah dalang laporan palsu, reka cerita demi duit!Menurut laman sesawang Hello Doktor, wanita yang tidak berdarah pada malam pertama bukanlah bermaksud mereka sudah tidak ada dara.Manakala menurut Health Navigator New Zealand pula, hampir separuh wanita akan mengalami pendarahan ketika melakukan seks buat pertama kali.Namun, separuh lagi tidak akan mengalami sebarang pendarahan dan kedua-dua situasi ini adalah normal.