PERISTIWA hitam yang berlaku dalam kehidupan seseorang berpotensi meninggalkan trauma mendalam hingga sukar dilupakan sampai ke akhir hayat.Di platform X, seorang gadis berusia 20 tahun membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa pernah menjadi mangsa rogol sepupu sendiri. "Aku pernah kena rogol dengan sepupu sendiri masa umur empat ke lima tahun. Dia hempap badan dan gesel-gesel dia 'punya' tu dekat aku.Ada segelintir mangsa rogol merahsiahkan kejadian itu daripada keluarga dan tidak membuat laporan polis. -Gambar hiasan AI"Sudah tentu aku tak tahu apa benda yang dia buat. Apabila dah besar, dah bersekolah, baru aku tahu. Benda tu berlarutan sampai aku tingkatan empat," dakwanya.Menurut pengadu, dia enggan memaafkan pelaku dan kejadian itu masih disimpan sebagai rahsia sehingga ke hari ini."Aku membesar macam tu je. Tak ada seorang pun ahli keluarga atau kenalan aku yang tahu. Takut nak beritahu mak ayah atau keluarga.Seorang gadis mendakwa dirogol oleh sepupunya sejak zaman kanak-kanak.Dia mendakwa kejadian itu berlarutan sehingga ke sekolah menengah.Gadis itu mendoakan anak-anak sepupunya akan menerima balasan.Netizen mendoakan agar wanita itu pulih daripada trauma yang dialami.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sebabnya, mak ayah aku pun bukan jenis nak dengar apa anak-anak cakap. Sekarang dia (sepupu) dah kahwin, ada dua orang anak perempuan."Setiap hari aku doa semoga anak-anak dia rasa apa yang aku rasa sampai tahap anak dia tu pun dua-dua kena luar tabii dengan sepupu sendiri," tulisnya lagi.Di ruangan komen, beberapa pelayar X meluahkan rasa simpati terhadap gadis itu yang dilihat masih trauma dengan sejarah silamnya.ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu disiplin jumpa rakaman video bogel pelajar sendiri dalam kelas, terbongkar kes rogol berkumpulan di sekolahARTIKEL BERKAITAN: Bapa lacurkan anak bawah umur, mangsa dikurung untuk puaskan nafsu lelaki"Perasaan kamu valid. Tak ada manusia yang akan normal lepas benda macam tu terjadi. Aku harap Allah bagi kau kesembuhan dari luka dan trauma. Moga pelaku dapat balasan setimpal."Moga anak-anak sepupu awak selamat. Semoga apa yang sepupu kamu buat dibalas cash pada dia tanpa melibatkan orang lain. Sebab anak-anak dia tak berdosa."Kamu tak sendirian. Semoga yang baik saja untuk kamu hari ini dan pada masa akan datang," tulis netizen.