Mangsa rogol perlu diberi sokongan agar mereka dapat bangkit untuk meneruskan hidup. -Gambar hiasan AI
SEORANG gadis bawah umur mendakwa dirogol oleh beberapa lelaki selepas dia dipaksa melacur oleh bapanya.Mangsa yang tidak mempunyai adik beradik dijaga oleh bapanya selepas ibunya meninggal dunia enam tahun lalu. Dalam laporan, dia mendakwa rakan bapanya, Bharath Shetty turut terlibat dalam jenayah keji itu.Bekas pelajar kolej pra-universiti itu berkata dia dibawa ke Mangaluru pada 21 Disember lalu.Mangsa kemudian dirogol oleh beberapa lelaki selepas dikurung oleh Shetty.ARTIKEL BERKAITAN: Jurulatih hoki ambil kesempatan ketika ‘training’, rogol pelajar hingga hamilSelepas mengugut untuk menamatkan nyawanya, Shetty menghantar mangsa pulang ke rumahnya pada 26 Disember. Dia berkongsi kejadian itu dengan ibu saudaranya pada 28 Disember dan membuat laporan polis keesokan harinya. Setakat ini, empat individu termasuk bapanya ditahan bagi membantu siasatan.Mangsa pula ditempatkan di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak sementara siasatan dijalankan.Kes disiasat di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual, 2012, dan bahagian lain Bharatiya Nyaya Sanhita, 2023. -Agensi.