suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita diserang sampai mati... Jiran tak percaya doktor, tuduh hantar sihir punca anak sakit

Fitnah boleh menjadi punca perbalahan antara jiran tetangga. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berusia 35 tahun maut dibunuh oleh keluarga jirannya selepas dia dituduh mengamalkan ilmu hitam.

Mangsa, Kiran Devi, dituduh menggunakan sihir sehingga menyebabkan anak kepada Mukesh Chaudhary mengalami penyakit berkaitan otak.

Walaupun sudah diberi penjelasan oleh doktor, Mukesh dan ahli keluarganya yang lain tetap menuduh Kiran sebagai ahli sihir.

Sewaktu serangan, mangsa dibaling dengan batu bata dan turut dipukul dengan besi oleh empat individu termasuk Mukesh.

Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dakibat kehilangan darah.

Adik dan kakak ipar mangsa turut cedera dalam serangan itu.

Pegawai polis di Rajauli, Nawada, India, Ranjit Kumar berkata pasukan forensik sedang mengumpul bukti berkaitan kejadian itu.

Mayat mangsa pula akan diserahkan semula kepada keluarga selepsa bedah siasat dijalankan. -Agensi.

Artikel Lain