suria

Gara-gara berebut perempuan, dua lelaki berantakan… Seorang parah ditikam empat kali

Mangsa ditinggalkan selepas mengalami kecederaan parah.

 

SEORANG lelaki cedera parah selepas ditikam empat kali, susulan perselisihan faham yang bermula daripada perbualan mesej.

Kejadian di Eskişehir, Turkiye itu dipercayai berpunca daripada isu perebutan seorang wanita.

Berdasarkan laporan, mangsa berusia 27 tahun dilaporkan bertengkar dengan individu lelaki berusia 25 tahun selepas berlaku perselisihan faham.

Pertengkaran antara kedua-dua lelaki terbabit akhirnya bertukar menjadi pergaduhan sebelum suspek bertindak mengeluarkan pisau yang dibawa dan menikam mangsa.

Hasil pemeriksaan awal, mangsa didakwa ditikam di bahagian kanan leher, pangkal paha serta bahagian bawah perut.

Susulan insiden tersebut, suspek dipercayai melarikan diri sebelum berjaya diberkas tidak lama kemudian.

Pihak berkuasa mengesahkan siasatan terperinci telah dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. -Agensi

Artikel Lain