SEORANG lelaki bertindak agresif menyerang ahli keluarga dan jirannya menggunakan pisau, mengakibatkan dua wanita maut manakala seorang lagi cedera parah.Kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 6 petang, Jumaat (10 Januari), di sebuah penempatan pekerja dekat kawasan Mueang Bang Krasan, daerah Bang Pa-in, Thailand. Difahamkan, insiden tercetus akibat perselisihan faham berhubung perkara remeh iaitu memasak nasi.Timbalan Inspektor Balai Polis Bang Pa-in, Leftenan Polis Thitikorn Julawanit berkata, pihaknya bergegas ke lokasi bersama pasukan penyiasat dan anggota penyelamat sebaik menerima laporan berhubung kejadian."Hasil pemeriksaan mendapati tiga individu mengalami kecederaan parah akibat tikaman," katanya.Mangsa pertama, seorang wanita berusia 72 tahun dikenali sebagai Pusadee, ditemui terlentang berhampiran dinding biliknya dengan kesan tikaman di leher dan badan.Seorang lagi wanita, Renu, 66, ditemui tidak sedarkan diri di luar biliknya. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius.Seorang lelaki berusia 20 tahun, Terdsak, pula ditemui cedera parah di dalam sebuah bilik lain. Pasukan perubatan pada awalnya tidak dapat memberikan bantuan kecemasan kerana suspek masih berada di lokasi kejadian dalam keadaan agresif.Polis akhirnya berjaya menenangkan dan menahan suspek yang dikenali sebagai Sirimongkol, 19, yang juga adik kepada Terdsak.Bapa suspek memaklumkan bahawa anak bongsunya itu mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah dan mengesyaki anaknya mengalami gangguan mental ketika kejadian.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bang Pa-in, Kolonel Polis Phiphop Naputra berkata, suspek masih berada di dalam bilik bersama senjata selepas kejadian sebelum berjaya ditahan."Ketika disoal siasat, suspek memberikan kenyataan tidak konsisten dan sukar difahami," katanya.Polis akan mendakwa suspek atas kesalahan membunuh dengan niat serta cubaan membunuh. -Agensi