suria

Pelajar biadab terkencing dalam seluar, takut masuk bilik disiplin lepas ‘body shaming’ cikgu - “Budak tu panggil aku Doraemon”

Ibu bapa perlu mendidik anak-anak agar menjaga adab dengan guru. -Gambar hiasan AI

SEORANG guru meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisahnya yang pernah menjadi mangsa penghinaan fizikal oleh pelajarnya sendiri.

Menerusi hantaran di Thread, guru itu berkata dia hilang sabar sehingga terpaksa menggunakan kekerasan bagi memberi pengajaran kepada pelaku.

"Budak lelaki tingkatan tiga panggil aku Doraemon. Aku dah perhati lama. Sekali ada peluang dia tengah leka, aku cekak kolar baju budak tu dengan kawan dia.

Guru berdepan cabaran dalam mendidik pelajar zaman sekarang yang semakin sukar untuk dikawal. -Gambar hiasan AI

"Aku cakap yang aku akan saman malu mak ayah dia, biar keluarga dia jatuh miskin. Merayu-rayu dia minta ampun dalam bilik disiplin sambil menangis.

"Terkencing sikit dalam seluar. Rupanya ramai lagi cikgu sekolah aku tu jadi bahan body shaming budak ni. Mereka menangis minta ampun," kongsinya.

Menurut guru itu, kejadian berkenaan berlaku pada tahun 2024 dan dia kini sudah berkhidmat di sebuah sekolah lain.

  • Seorang guru mendakwa dia menjadi mangsa penghinaan fizikal di sekolah.
  • Guru itu menangkap pelajar tingkatan tiga yang celupar dan membawanya ke bilik disiplin.
  • Pelajar itu akhirnya memohon maaf selepas diugut untuk diambil tindakan.
  • Seorang lagi guru mendakwa pernah dimalukan oleh pelajar menerusi live TikTok.

Dalam hantaran sama, seorang lagi guru turut berkongsi kisahnya yang pernah pernah dimalukan menerusi siaran langsung (live) TikTok.

"Saya pernah kena. Pelajar buat live TikTok, view 200. Dia sebut nama saya, panggil babi dan bodoh. Semua ni ada bukti video.

"Alasannya sebab saya tanda dia ponteng empat hari sebab tak hantar sijil cuti sakit (MC). Dah amaran kali ketiga. Dia bengang sebab saya pulaukan dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru dah lali lihat ibu bapa kaya manipulasi dokumen demi dapat bantuan... Lepas tu sibuk mengeluh anak tak pandai, degil

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu hati mulia bantu keluarga B40 tak dikenali beli keperluan sekolah... Berhabis RM2,000 demi pendidikan anak orang susah

"Mulut mencarut memanjang, hisap vape lagi. Ini murid perempuan ya. Sekarang rasa benci sangat tengok muka dia di sekolah," luah guru wanita itu.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap golongan pendidik dan berharap mereka terus sabar dalam mendidik anak bangsa.

"Melampaunya perangai. Sangat biadab. Sabarlah cikgu. Layan lebih-lebih, nanti kita ke lokap. Zaman sekarang tak boleh sentuh murid.

"Tak payah bersusah cikgu. Anak orang tetap anak orang. Jaga periuk nasi sendiri saja sekarang," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain