suria

Guru dah lali lihat ibu bapa kaya manipulasi dokumen demi dapat bantuan... Lepas tu sibuk mengeluh anak tak pandai, degil

Segelintir ibu bapa sanggup memanipulasikan dokumen pengesahan pendapatan demi memperoleh bantuan sekolah. -Gambar hiasan AI

AMALAN segelintir ibu bapa yang sanggup 'memanipulasi' dokumen demi mendapatkan bantuan sekolah didakwa sudah lama berlaku dalam kalangan masyarakat.

Mendedahkan situasi tersebut, seorang guru yang berpengalaman selama 12 tahun mengakui dirinya sudah lali dengan 'penipuan' menggunakan cara ini.

Berkongsi pengalamannya, ujar wanita ini, kebanyakan murid yang menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bukanlah dari kalangan keluarga kurang berkemampuan.

Program RMT bertujuan membantu murid dengan latar belakang keluarga miskin. -Gambar hiasan AI

Program RMT bertujuan membantu murid dengan latar belakang keluarga miskin. -Gambar hiasan AI

"Masuk tahun ke-12 sebagai guru, saya dah tak terkejut kalau tengok anak murid yang makan RMT masa rehat akan naik Hilux, Triton atau Vellfire masa datang dan balik sekolah," luahnya di Thread.

Mendedahkan lebih lanjut, dia turut menjelaskan bagaimana golongan tersebut berjaya 'meloloskan diri' bagi mendapatkan bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada golongan asnaf atau B40.

Dakwanya, dalam hal ini ibu bapa yang bekerja sendiri mempunyai 'kelebihan' untuk memanipulasi jumlah pendapatan kerana ketiadaan penyata gaji (slip gaji) yang rasmi.

ARTIKEL BERKAITAN: Diejek di sekolah sebab dapat bantuan RMT, cara si ibu 'psiko' pemikiran anak dipuji - "Kita bukan miskin"

ARTIKEL BERKAITAN: "Patutnya percuma saja" - Wanita 'berhujah' minta kerajaan taja buku semua murid... Simpati nasib B40, ibu bapa ramai anak

Jelasnya, mereka yang tidak mempunyai penyata gaji perlu mengisi borang pengesahan pendapatan yang hanya diisi sendiri tanpa pemantauan rasmi.

"Orang bekerja sendiri tak ada slip gaji, senang-senang boleh letak pendapatan RM1,500 dalam borang. 

"Kemudian minta ketua kampung atau ketua KRT (kawasan rukun tetangga) taman cop dan sign borang," ujarnya yang terkilan dengan situasi berlaku.

  • Guru dedah ada ibu bapa manipulasi dokumen demi dapatkan bantuan sekolah.
  • Dakwa ramai penerima RMT bukan dari keluarga susah.
  • Terkejut murid dapat bantuan naik Hilux, Triton, Vellfire pergi sekolah.
  • Individu kerja sendiri mudah ‘ubah’ jumlah pendapatan.
  • Netizen berbelah bahagi, ada sokong ada pertahan ibu bapa.

Tambah guru ini lagi, perkara yang lebih mendukacitakan apabila ibu bapa terbabit tampil merungut mengenai sikap anak mereka yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.

"Kemudian parents mengadu pada guru kelas yang anak dia degil, tak dengar cakap dan perangai ligat bukan main tapi belajar susah nak masuk," tambahnya.

Di ruangan komen, ramai yang memberi reaksi bercampur baur selain menyatakan guru tidak mempunyai hak untuk mengadili pendapatan ibu bapa murid.

Warga maya berkongsi situasi masing-masing.

Warga maya berkongsi situasi masing-masing.

"Bukan tugas guru untuk judge, kemudian cakap budak-budak degil dan susah dapat ilmu... apa maksud cikgu.

"Kenal juga saudara yang macam ni, kalau boleh semua bantuan nak bagi pada anak dia dapat walhal pakai Vellfire.

"Kawan anak saya yang ayahnya ada bengkel dan pakai Alphard pun dapat bantuan asnaf," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain