Wujud segelintir ibu bapa yang meletakkan hantaran terlampau tinggi seolah-olah mahu 'menjual' anak perempuan. -Gambar hiasan AI
SEORANG lelaki meraih perhatian ramai selepas berkongsi nilai wang hantaran yang pernah ditawarkan kepada bekas teman wanitanya.Menurut lelaki itu, perkahwinan mereka tidak diteruskan selepas dia meletakkan nilai wang hantaran sebanyak RM500 sahaja. "Kalau teman wanita kamu dah tak suci, minta hantaran RM10,000, RM15,000 atau RM20,000, lepas tu kamu setuju, maknanya kamu bodoh.Nilai hantaran sering menjadi isu yang diperdebatkan masyarakat. -Gambar hiasan AI"Awek aku minta RM15,000. Aku tahu dia dah pernah berzina dengan lelaki lain. Aku beritahu ibu bapa dia yang aku sanggup RM500 je untuk hantaran. Tapi aku tak cerita yang anak dia dah tak suci."Alhamdulillah, tak jadi kahwin. Minta RM15,000, masak nasi pun tak pandai. Edit video TikTok dengan Instagram dia pandai," tulisnya menerusi aplikasi Thread.Dalam hantaran sama, dia turut menasihati kaum lelaki agar tidak 'terperangkap' dengan sikap tamak segelintir wanita dan keluarga mereka yang meminta hantaran tinggi.Lelaki dedah perkahwinannya tidak diteruskan kerana dia meletakkan wang hantaran RM500 sahaja.Dia beranggapan nilai rendah itu bersesuaian dengan teman wanitanya yang sudah tiada dara.Dia turut menasihati kaum lelaki agar tidak terperangkap dengan wanita yang tamak.Netizen selar lelaki itu kerana dianggap cuba merendahkan martabat wanita,Ringkasan ini dijana oleh AI"Kalau awek korang betul-betul sayang, dia akan setuju hantaran RM500 tu. Mesti dia akan yakinkan mak ayahnya. Ini nampak sangat dia nak kenakan aku."Satu keturunan nak hidup senang. Gaji RM1,500, nak pakai Louis Vuitton, iPhone, acah-acah travel tunjuk dekat Instagram."Ingat geng. Kalau perempuan tu dah suka kamu, kepala botak tak ada gigi dan pakai boxer koyak pun dia tetap akan sayang kamu," tulisnya lagi.Di ruangan komen, ramai pelayar Thread menyelar kenyataan lelaki itu yang dianggap merendah-rendahkan kaum Hawa.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda 'demam' GF lulusan diploma minta hantaran 40K, ramai syak cara sopan tolak cinta - "Kalau tak faham, tak tahulah"ARTIKEL BERKAITAN: "Patutnya percuma saja" - Wanita 'berhujah' minta kerajaan taja buku semua murid... Simpati nasib B40, ibu bapa ramai anakNamun, ada juga yang mempertahankan lelaki itu kerana dia juga berhak untuk memilih pasangan hidup yang baik untuknya."Walaupun saya masih dara, saya tak rasa akan kahwin dengan lelaki macam awak. Bahasa terlalu kotor."Kalau kau pun pernah sentuh anak dara orang, kau tak layak pilih isteri yang tak pernah disentuh."Kenapa ramai perempuan triggered ni? Dia tak tuju spesifik pun. Dia nasihat lelaki untuk berhati-hati je. Kalau rasa anda layak RM15,000, tak perlu kot nak terasa," tulis netizen.