suria

Abang ipar punca empat beradik berantakan... Bolot tanah pusaka, bina rumah sampai ‘makan’ bahagian waris lain

Tanah pusaka sering menjadi punca pergaduhan adik-beradik. -Gambar hiasan AI

SETIAP ibu bapa pasti mahu anak-anaknya hidup dalam keadaan rukun dan damai meskipun selepas mereka menghembuskan nafas terakhir.

Namun malangnya, keadaan itu sukar dicapai walaupun arwah meninggalkan sedikit harta pusaka untuk anak-anak.

Melalui situasi tersebut, seorang wanita berkongsi kisah sedih mengenai dirinya dan adik-beradik yang berbalah disebabkan sebidang tanah pusaka.

"Mak abah aku dah meninggal dunia... mak pada 2021 dan abah pula 2023.

Perbalahan antara adik beradik berkenaan harta pusaka sering berlaku. -Gambar hiasan

Perbalahan antara adik beradik berkenaan harta pusaka sering berlaku. -Gambar hiasan

"Selepas abah meninggal dunia, sudah buat faraid segala yang ada. Atas satu tanah lapang mak dah bagi tempat untuk kami empat beradik.

"Memang cantik dah untuk empat buah rumah," luahnya di Thread.

Menurut wanita ini, perbalahan bermula selepas kakak sulungnya terlebih dahulu membuat rumah di bahagian yang diberikan.

Bagaimanapun, rumah yang dibina tidak mengikut amanat yang ditetapkan arwah ibu bapa mereka sehingga termasuk ke bahagian tanah adik-beradik yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 4 hari meninggal, adik beradik arwah ibu gelojoh berebut tanah... Makcik pula sentap tak diupah jadi katerer majlis tahlil

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak bertelagah rebut rumah pusaka, tanah sekangkang kera... Wasiat ‘aneh’ tinggalan arwah jadi punca

"Along buat rumah dulu, tapi dah lari daripada amanat orang tua. Dia tak ikut langsung apa yang mak abah aku tetapkan.

"Nampak macam ketamakan melanda dan dia seorang yang patuh kepada arahan suami.

"Jadi, murunglah kami tiga beradik sebab dah tak boleh buat dua buah rumah," tambahnya yang kesal dengan sikap kakak sulungnya itu.

Situasi lebih merunsingkan apabila satu-satunya adik-beradik lelaki hanya berdiam diri dan akur pada perkara yang berlaku.

  • Adik-beradik berbalah isu tanah pusaka arwah ibu bapa.
  • Tanah diwasiatkan untuk empat rumah, tapi kakak sulung bina tak ikut amanat.
  • Pembinaan itu makan bahagian lain, dua beradik terpaksa buat rumah kecil.
  • Abang hanya berdiam diri, hubungan adik-beradik makin renggang.
  • Netizen simpati, nasihat selesaikan ikut undang-undang dan pecah lot.

Susulan daripada itu, dua buah rumah dibina bersaiz lebih kecil sehingga disamakan sebagai 'pondok mainan'.

"Abang ipar aku macam 'kepala' tanah, padahal dia ipar sahaja.

"Abang aku pula pendiam, senyap dan ikut sahaja apa yang orang buat... sedih aku tengok.

"Jadi sebagai anak yang banyak cakap, aku bertegas dan akhirnya aku tak bercakap dengan yang sulung," tambahnya yang masih tak bertegur sehingga kini.

Warga maya memberi pendapat masing-masing.

Warga maya memberi pendapat masing-masing.

Malah ujar wanita ini, adik bongsunya juga turut menjadi mangsa dipulaukan kakak sulung mereka kerana turut bersuara dalam isu berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dan menasihati agar isu tanah pusaka diselesaikan secara berhemah mengikut undang-undang bagi mengelakkan ikatan persaudaraan terputus selamanya.

"Panggil wakil pejabat tanah dan pecah lot jadi empat, kena bayarlah supaya dapat bahagian masing-masing.

"Selalunya orang luar penyebab adik-beradik bergaduh pasal harta. Sebab mereka nampak harta jatuh dari langit.

"Jual bahagian awak bertiga kepada mereka. Kemudian cari tanah lain yang jauh-jauh, daripada duduk dekat tapi asyik makan hati," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain