Ibu bapa yang berkemampuan kebanyakannya akan menyediakan kereta untuk kemudahan anak. -Gambar hiasan
SESETENGAH ibu bapa sanggup menyediakan kereta untuk memudahkan pergerakan anak-anak yang semakin meningkat dewasa.Di laman X, seorang lelaki meraih perhatian ramai selepas mendakwa dirinya dikenakan syarat yang dianggap tidak masuk akal untuk meminjam salah sebuah kereta milik ibu bapanya. "Aku baru dapat kerja. Dah booking kereta Proton Saga. Sementara tu, aku cakap kat mak ayah nak pinjam kereta. Mereka ada tiga kereta.Pergerakan menjadi lebih mudah bagi mereka yang memiliki kenderaan sendiri. -Gambar hiasan"Dua kereta jarang guna sebab mereka dah pencen. Mereka suruh aku sewa RM500 sebulan. Cukup lima tahun, boleh tukar nama aku."Aku macam pelik. Aku ni bukan anak dia ke? Keluarga lain bagi kereta macam tu je dekat anak," luahnya.Menurut pemuda itu lagi, dia menganggap kadar RM500 yang ditetapkan tidak berbaloi dengan keadaan kereta tersebut.Lelaki dakwa ibu bapa mengenakan sewa RM500 sebulan untuk menggunakan kereta keluarga.Kereta itu sudah lama dan nilainya dianggap tidak setimpal dengan bayaran dikenakan.Isu itu disifatkan bukan soal wang semata-mata tetapi prinsip dan peranan ibu bapa.Majoriti netizen menyokong tindakan ibu bapa dan berpendapat syarat tersebut bertujuan mendidik anak.Ringkasan ini dijana oleh AI "Kereta tu Toyota Camry tahun 2010. Major accident dua kali. Minyak RM500 sebulan, cukai jalan RM2,000 setahun. Market sekarang RM30,000."Aku bukan nak seek financial relief tapi kalau mak ayah mampu, selagi tu aku bawah tanggungan mereka. Ni bukan soal duit semata-mata," jelasnya lagi.Di ruangan komen, kebanyakan netizen menyokong tindakan pasangan itu yang dianggap bijak dalam mendidik anaknya.Tambah netizen lagi, individu itu perlu bersyukur kerana syarat yang ditetapkan sebenarnya mengajar untuk dia menjadi lebih bertanggungjawab.ARTIKEL BERKAITAN: Mak pertahan anak buat salah, tunjuk muka berlagak lepas kemikkan pintu kereta sebelah - “Alah… budak-budak bukan sengaja”ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan pertama terus buat ‘projek’ dalam kereta... Dua lelaki viral dalam Perodua Alza baru berkenalan 2 minggu"Dah kira okay la tu, cukup lima tahun tukar nama. Kau tak payah bayar downpayment, tak payah bayar kereta tujuh atau sembilan tahun."Plot twist, duit RM500 bulan-bulan tu mak ayah simpan. Lima tahun lagi, mereka beri kejutan untuk kau."Orang tua tak 'hamak' duit kamu. Silap-silap lepas lima tahun atau masa kamu nak kahwin, dia bagi seketul duit tu balik."Keluarga nak ajar kau berdikari. Ambil tanggungjawab dan jadi orang dewasa yang sebenar," antara komen netizen.